Cadangan Enjin Carian

Safari mempunyai satu medan untuk carian dan alamat web agar anda boleh melayari web dari satu tempat yang mudah. Apabila Cadangan Enjin Carian didayakan, Safari akan meminta cadangan daripada enjin carian pilihan anda berdasarkan carian yang anda taipkan.

Cadangan Spotlight

Apabila anda menggunakan Cadangan Spotlight dalam Safari, pertanyaan carian anda, Cadangan Spotlight yang anda pilih dan data penggunaan yang berkaitan akan dihantar kepada Apple. Jika anda telah mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi pada peranti anda, apabila anda membuat pertanyaan carian kepada Spotlight, lokasi peranti anda pada masa itu akan dihantar kepada Apple. Lokasi, pertanyaan carian dan maklumat penggunaan yang dihantar kepada Apple akan digunakan oleh Apple hanya untuk menjadikan Cadangan Spotlight lebih berkaitan dan bagi meningkatkan produk dan perkhidmatan Apple.

Jika anda tidak mahu pertanyaan carian Safari dan data penggunaan Cadangan Spotlight anda dihantar kepada Apple, anda boleh menukar seting privasi anda untuk Safari pada bila-bila masa. Untuk berbuat demikian, buka seting, ketik Safari, skrol ke bawah ke Privasi & Keselamatan dan pilih pilihan yang anda ingin mendayakan atau menyahdayakan.

Anda boleh menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk Cadangan Spotlight. Untuk berbuat demikian, buka Seting, ketik Privasi, ketik Perkhidmatan Lokasi, ketik Perkhidmatan Sistem dan luncurkan suis Cadangan Spotlight kepada “mati”. Jika anda menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi pada peranti anda, lokasi tepat anda tidak akan dihantar kepada Apple. Untuk menyampaikan cadangan carian yang berkaitan, Apple mungkin menggunakan alamat IP sambungan Internet anda untuk menganggarkan lokasi anda dengan memadankannya dengan rantau geografi.

Maklumat yang dikumpulkan oleh Apple akan dikendalikan menurut Dasar Privasi Apple, yang boleh ditemui di www.apple.com/privacy.

Pramuat Hasil Teratas

Dengan Pramuat Hasil Teratas didayakan, sebaik sahaja Safari menentukan Hasil Teratas berdasarkan penanda buku dan sejarah pelayaran anda, Safari akan mula memuatkan halaman web di latar belakang. Jika anda menyahdayakan pilihan ini, halaman akan dimuatkan seperti biasa.