Cadangan Spotlight

Apabila anda menggunakan Cadangan Spotlight dalam Safari, pertanyaan carian anda, Cadangan Spotlight yang anda pilih dan data penggunaan yang berkaitan akan dihantar kepada Apple. Jika anda telah mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi pada peranti anda, apabila anda membuat pertanyaan carian kepada Spotlight, lokasi peranti anda pada masa itu akan dihantar kepada Apple. Lokasi, pertanyaan carian dan maklumat penggunaan akan yang dihantar kepada Apple akan digunakan oleh Apple hanya untuk menjadikan Cadangan Spotlight lebih berkaitan dan bagi meningkatkan produk dan perkhidmatan Apple yang lain.

Jika anda tidak mahu pertanyaan carian Safari dan data penggunaan Cadangan Spotlight anda dihantar kepada Apple, anda boleh menukar seting privasi anda untuk Safari pada bila-bila masa. Untuk berbuat demikian, buka Seting, ketik Safari, skrol bawah ke Privasi & Keselamatan dan pilih pilihan yang anda mahu dayakan atau nyahdayakan.

Anda boleh menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk Cadangan Spotlight. Untuk berbuat demikian, buka Seting, ketik Privasi, ketik Perkhidmatan Lokasi, ketik Perkhidmatan Sistem dan luncurkan suis Cadangan Spotlight kepada “tidak aktif”. Jika anda menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi pada peranti anda, lokasi tepat anda tidak akan dihantar kepada Apple. Untuk memberikan cadangan carian yang berkaitan, Apple mungkin menggunakan alamat IP sambungan Internet anda untuk menganggarkan lokasi anda dengan memadankannya kepada rantau geografi.

Maklumat yang dikumpul oleh Apple akan dikendalikan secara mematuhi Dasar Privasi Apple, yang boleh ditemui di www.apple.com/privacy/my/.