BAHASA MALAYSIA
PERKARA PENTING: DENGAN MENGGUNAKAN iPHONE, iPAD, ATAU iPOD TOUCH (“PERALATAN iOS”) ANDA, ANDA BERSETUJU UNTUK MEMATUHI TERMA-TERMA APPLE DAN PIHAK KETIGA YANG BERIKUT:
A. PERJANJIAN LESEN PERISIAN APPLE iOS
B. NOTIS-NOTIS DARIPADA APPLE
C. TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT GOOGLE MAPS
D. TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YOUTUBE
APPLE INC
PERJANJIAN LESEN PERISIAN APPLE iOS
Penggunaan Tunggal Lesen
SILA BACA PERJANJIAN LESEN PERISIAN INI (“LESEN”) DENGAN TELITI SEBELUM MENGGUNAKAN PERALATAN iOS ANDA ATAU MEMUAT TURUNKAN PERISIAN TERKINI MENGIRINGI LESEN INI. DENGAN MENGGUNAKAN PERALATAN iOS ANDA ATAU MEMUAT TURUNKAN SUATU PERISIAN TERKINI, YANG BERKAITAN, ANDA BERSETUJU UNTUK MEMATUHI TERMA-TERMA LESEN INI. SEKIRANYA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA-TERMA LESEN INI, JANGAN GUNAKAN PERALATAN iOS ATAU MEMUAT TURUNKAN PERISIAN TERSEBUT. BAGI PEMBEL-PEMBELI PERALATAN iOS, SEKIRANYA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA-TERMA LESEN, ANDA BOLEH MEMULANGKAN PERALATAN iOS DI DALAM JANGKA MASA PEMULANGAN KEPADA KEDAI APPLE ATAU PENGEDAR YANG DIBENARKAN YANG ANDA MEMPEROLEHINYA UNTUK BAYARAN BALIK, TERTAKLUK KEPADA POLISI PEMULANGAN APPLE SEPERTI YANG TERDAPAT DI http://www.apple.com/legal/sales_policies/.
1. Am.
(a) Perisian (termasuk kod Boot ROM dan lain-lain perisian yang terkandung didalamnya), dokumentasi, ruang-ruang antara muka, kandungan, huruf-huruf cetak dan apa-apa data yang disertakan bersama peralatan iOS anda (“Perisian iOS Asli”), seperti yang mungkin dikemaskinikan atau diganti dengan ciri-ciri penambahan, perisian kemaskini atau perisian memperbaharui sistem yang disediakan oleh Apple (“Perisian Pengemaskinian iOS”), sama ada dalam memori untuk bacaan sahaja (ROM), di mana-mana media yang lain atau di dalam mana-mana bentuk lain (Perisian iOS Asli dan Perisian Pengemaskinian iOS adalah secara kolektif dirujuk sebagai “Perisian iOS”) adalah dilesenkan, tidak dijualkan, kepada anda oleh Apple Inc (“Apple”) untuk hanya digunakan di bawah terma-terma Lesen ini. Apple dan pemberi-pemberi lesennya menyimpan pemilikan Perisian iOS dan menyimpan semua hak yang tidak secara nyata diberikan kepada anda.
(b) Apple, mengikut budi bicaranya, boleh menyediakan Perisian Pengemaskinian iOS akan datang bagi Peralatan iOS anda. Perisian Pengemaskinian iOS, jika ada, tidak semestinya merangkumi semua ciri perisian yang tersedia ada atau ciri baru yang dikeluarkan oleh Apple untuk model-model peralatan iOS yang lebih baru atau yang lain. Terma-terma Lesen ini akan mengawal sebarang Perisian Pengemaskinian iOS yang dibekalkan oleh Apple yang menggantikan dan/atau menambah kepada produk Perisian iOS Asli, melainkan Perisian Pengemaskinian iOS tersebut diiringi oleh suatu lesen berasingan yang mana terma-terma lesen tersebut akan mengawal.
2. Kegunaan Lesen yang Dibenarkan dan Sekatan.
(a) Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Lesen ini, anda diberikan lesen terhad dan tidak eksklusif untuk menggunakan Perisian iOS hanya di satu Peralatan iOS berjenama Apple. Kecuali sepertimana yang dibenarkan dalam Seksyen 2(b) di bawah, dan melainkan seperti yang dinyatakan di dalam perjanjian berasingan di antara anda dan Apple, Lesen ini tidak membenarkan Perisian iOS untuk wujud di dalam lebih daripada satu Peralatan iOS berjenama Apple pada suatu masa dan anda tidak boleh mengedar atau menyebabkan Perisian iOS menjadi tersedia di rangkaian yang boleh digunakan oleh pelbagai alat pada satu masa yang sama. Lesen ini tidak memberi anda apa-apa hak untuk menggunakan antara muka hak milik Apple dan lain-lain harta intelek dalam reka bentuk, pembangunan, penghasilan, perlesenan atau pengedaran alat-alat pihak ketiga dan aksesori, atau aplikasi perisian pihak ketiga, untuk kegunaan dengan Peralatan-Peralatan iOS. Sebahagian daripada hak-hak tersebut adalah terdapat di bawah lesen-lesen berasingan daripada Apple. Untuk keterangan lanjut berkenaan alat-alat dan aksesori-aksesori pembangunan pihak ketiga untuk Peralatan iOS, sila email madeforipod@apple.com. Untuk keterangan lanjut berkenaan aplikasi perisian pembangunan untuk Peralatan iOS, sila email devprograms@apple.com.
(b) Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Lesen ini, anda diberikan satu lesen terhad dan tidak eksklusif untuk memuat turun Perisian Pengemaskinian iOS yang mungkin disediakan oleh Apple untuk model Peralatan iOS anda untuk mengemaskinikan atau membetulkan perisian di mana-mana Peralatan iOS sedemikian yang anda memiliki atau mengawal. Lesen ini tidak membenarkan anda untuk mengemaskinikan atau membetulkan sebarang peralatan iOS yang tidak dipunyai oleh dan atau tidak di bawah kuasa anda, dan anda tidak boleh mengedar atau menjadikan tersedia Perisian Pengemaskinian iOS di rangkaian di mana ianya yang boleh digunakan oleh pelbagai alat-alat atau pelbagai komputer pada masa yang sama. Sekiranya anda memuat turun suatu Perisian Pengemaskinian iOS pada komputer anda, anda boleh membuat satu salinan Perisian Pengemaskinian iOS yang disimpan di dalam komputer anda dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin untuk hanya tujuan perlindungan, dengan syarat salinan perlindungan tersebut mesti memasukkan semua notis hakcipta atau notis-notis hak milik yang terkandung di dalam salinan asli.
(c) Anda tidak boleh dan anda bersetuju untuk tidak, atau membolehkan orang-orang lain untuk, menyalin (kecuali dibenarkan secara nyata oleh Lesen ini), menyahsusun, melakukan kejuruteraan undur (reverse engineer), cubaan untuk memperoleh kod sumber, penyahsulitan, mengubah, atau mencipta kerja-kerja perolehan Perisian iOS atau apa-apa perkhidmatan yang disediakan oleh Perisian iOS, atau mana-mana bahagian daripadanya (kecuali dan hanya setakat mana-mana syarat-syarat terdahulu yang dilarang oleh undang-undang terpakai atau setakat mana yang dibenarkan oleh terma-terma lesen yang mengawal penggunaan komponen-komponen bahan terbuka yang terkandung di dalam Perisian iOS). Sebarang percubaan untuk melakukannya adalah melanggar hak-hak Apple dan pemberi-pemberi Lesen Perisian iOS.
(d) Dengan menyimpan kandungan di dalam Peralatan iOS anda, anda membuat salinan digital. Dalam sesetengah bidang kuasa, ia adalah menyalahi undang-undang untuk membuat salinan digital tanpa kebenaran daripada pemegang hak. Perisian iOS boleh digunakan untuk menghasilkan semula bahan-bahan asalkan penggunaan tersebut dihadkan kepada penghasilan semula bahan-bahan yang tidak mempunyai hak cipta, bahan-bahan yang anda mempunyai hak cipta, atau bahan-bahan yang anda diberikan hak atau dibenarkan oleh undang-undang untuk penghasilan semula.
(e) Anda bersetuju untuk mengguna Perisian iOS dan Perkhidmatan (seperti yang didefinisikan dalam Seksyen 5 di bawah) dengan cara yang mematuhi semua undang-undang terpakai termasuk undang-undang tempatan negara atau rantau di mana anda menetap atau di mana anda memuat turun atau mengguna Perisian iOS dan Perkhidmatan.
(f) Penggunaan dan akses kepada ciri-ciri tertentu Perisian iOS tersebut dan Perkhidmatan tertentu (sepertimana yang ditakrifkan di dalam Seksyen 5) mungkin memerlukan anda untuk memohon bagi suatu nama pengguna dan kombinasi kata laluan yang unik, dikenali sebagai suatu Apple ID.Sebagai tambahan, anda mengakui kebanyakan ciri-ciri dan Perkhidmatan Perisian iOS tersebut memancarkan data dan mungkin membawa kesan terhadap caj-caj plan data anda dan bahawa anda bertanggungjawab untuk caj-caj sedemikian. Untuk maklumat lanjut, sila merujuk kepada Panduan Pengguna bagi Peralatan iOS anda.
3. Pemindahan. Anda tidak boleh sewakan, pajakkan, pinjamkan, jualkan, edarkan semula, atau sub-lesenkan Perisian iOS. Anda bagaimanapun boleh, memindah milik kekal sekali sahaja hak-hak lesen Perisian iOS anda kepada pihak lain berkenaan dengan memindah milik hakmilik Peralatan iOS anda, asalkan: (a) pemindahan hakmilik mesti termasuk Peralatan iOS anda dan segala Perisian iOS, termasuk semua bahagian-bahagian komponennya, media asli, bahan-bahan yang dicetak dan Lesen ini; (b) anda tidak boleh menyimpan apa-apa salinan Perisian iOS, sama ada penuh atau sebahagian, termasuk salinan-salinan yang disimpan di dalam komputer atau alat-alat simpanan lain; dan (c) pihak yang menerima Perisian iOS telah membaca dan bersetuju kepada terma-terma dan syarat-syarat Lesen ini.
4. Kebenaran untuk Menggunakan Data.
(a) Data Diagnostik dan Penggunaan. Sekiranya anda memilih untuk koleksi diagnostik dan penggunaan, anda bersetuju bahawa Apple, dan anak syarikatnya dan agen-agennya boleh mengumpul, mengekalkan, dan memproses dan menggunakan maklumat diagnostic, teknikal, penggunaan dan maklumat berkaitan, termasuk tetapi tidak terhad kepada maklumat-maklumat berkenaan Peralatan iOS anda, komputer, sistem dan aplikasi perisian, dan alat-alat persisian, yang dikumpulkan dari masa ke semasa untuk membantu peruntukan perisian, produk bantuan dan lain-lain perkhidmatan kepada anda (sekiranya ada) berkenaan dengan Perisian iOS, dan untuk memastikan pematuhan kepada tema-terma Lesen ini. Apple boleh gunakan maklumat ini, asalkan ia dikumpulkan dalam bentuk yang tidak mengenalpastikan anda secara peribadi, untuk membekalkan dan memperbaiki produk-produk dan perkhidmatan Apple. Sekiranya anda telah memilih dan mempunyai Perkhidmatan-perkhidmatan Lokasi dipasang, lokasi peralatan anda mungkin juga dihantar untuk membantu Apple menganalisakan isu-isu prestasi wayarles dan selular (contoh kekuatan atau kelemahan isyarat selular di suatu lokasi tertentu). Bagi membolehkan rakan kongsi Apple dan pembangun pihak ketiga untuk memperbaiki perisian, perkakasan dan perkhidmatan mereka yang direka untuk digunakan dengan produk-produk Apple, Apple mungkin juga membekalkan sebarang rakan kongsi atau pembangun pihak ketiga tersebut dengan suatu subset informasi diagnostik yang relevan kepada perisian, perkakas dan/atau perkhidmatan rakan kongsi atau pembangun tersebut, selagi informasi diagnostik tersebut adalah dalam bentuk yang tidak mengenalpastikan anda secara peribadi.
(b) Data Lokasi. Apple dan rakan kongsinya dan pemegang-pemegang lesennya boleh menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu melalui Peralatan iOS anda yang bergantung kepada lokasi maklumat. Untuk menyediakan dan membaikikan perkhidmatan-perkhimatan ini, di mana ianya disediakan, Apple dan rakan-rakan kongsinya dan pemegang-pemegang lesennya boleh menghantar, mengumpul, memelihara, menjaga, memproses dan menggunakan data lokasi anda, pada masa langsung, termasuk lokasi geografi Peralatan iOS anda, informasi kelajuan perjalanan jalan, dan pertanyaan-pertanyaan carian lokasi. Data lokasi dan pertanyaan-pertanyaan yang dikumpul oleh Apple adalah dikumpulkan dalam bentuk yang tidak mengenal pastikan anda secara peribadi dan boleh digunakan oleh Apple dan rakan-rakan kongsinya dan pemegang-pemegang lesennya untuk menyediakan dan memperbaiki produk dan perkhidmatan berdasarkan lokasi. Dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan berdasarkan lokasi Peralatan iOS anda, anda bersetuju dan membenarkan Apple dan rakan kongsinya dan pemegang-pemegang lesennya, menghantar, mengumpul, memelihara menjaga, memproses dan mengguna data lokasi anda dan pertanyaan-pertanyaan bagi menyediakan dan memperbaiki produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan berdasarkan lokasi dan perkhidmatan-perkhidmatan berdasarkan lalulintas trafik. Data lokasi adalah dikumpul dalam bentuk yang tidak mengenal anda secara peribadi. Anda boleh menarik balik kebenaran ini pada bila-bila masa dengan menuju ke setting Servis Lokasi pada Peralatan iOS anda dan sama ada mematikan setting Perkhidmatan-perkhidmatan Lokasi Servis global atau mematikan setting lokasi individu setiap aplikasi sedar-lokasi pada Peralatan iOS anda. Dengan mematikan tidak menggunakan ciri-ciri lokasi tersebut ianya tidak hanya akan memberi kesan terhadap fungsi-fungsi tidak berdasarkan lokasi Peralatan iOS anda. Ianya tidak akan memberi kesan terhadap ciri-ciri Peralatan iOS yang tidak ada kena-mengena dengan perkhidmatan berdasarkan lokasi. Apabila menggunakan aplikasi-aplikasi atas perkhidmatan-perkhidmatan pihak ketiga pada Peralatan iOS yang menggunakan atau menyediakan data lokasi, anda adalah tertakluk kepada dan harus membaca terma-terma pihak ketiga sedemikian dan polisi privasi berkenaan penggunaan data lokasi oleh aplikasi-aplikasi atau servis-servis pihak ketiga sedemikian.
(c) Siri. Jika Peralatan iOS anda menyokong Siri yang mengandungi ciri-ciri rencana, ciri-ciri ini akan membenarkan anda membuat permintaan-permintaan, memberi perintah-perintah dan mengarahkan teks kepada peralatan anda melalui suara anda. Apabila anda menggunakan Siri perkara-perkara yang anda ucapkan akan direkod dan dihantar ke Apple untuk memproseskan permohonan anda. Peralatan anda akan juga menghantar informasi lain ke Apple seperti nama anda dan nama timangan anda; nama, nama timangan dan hubungan dengan anda (contoh “bapa saya”) di dalam buku alamat anda; nama-nama lagu di dalam koleksi anda (secara kolektif, “ Data Pengguna” anda). Kesemua data ini digunakan untuk membantu Siri memahami anda dengan lebih baik dan untuk mengiktirafkan kata-kata anda. Ianya tidak disambungkan kepada data-data lain yang mungkin dipunyai oleh Apple daripada penggunaan perkhidmatan Apple yang lain oleh anda. Dengan menggunakan Siri, anda bersetuju dan membenarkan Apple, subsidiari-subsidiari dan ejen-ejennya untuk menghantar, mengumpul, menyenggara, memproses, dan menggunakan informasi ini, termasuk input suara anda dan Data Pengguna untuk menyediakan dan memperbaiki Siri dan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Apple yang lain. Jika Perkhidmatan Lokasi dihidupkan, lokasi Peralatan iOS anda pada masa anda membuat permintaan juga akan dihantar ke Apple untuk membantu Siri meningkatkan ketepatan responsnya terhadap permintaan anda yang berdasarkan lokasi. Anda boleh melumpuhkan kefungsian lokasi Siri melalui setting Perkhidmatan Lokasi di Peralatan iOS anda dan mematikan setting lokasi individu untuk Siri. Anda juga boleh mematikan Siri secara keseluruhannya pada bila-bila masa. Untuk berbuat demikian, buka Settings, tekan Am, tekan Siri, dan slaid suis Siri ke “tutup”. Anda juga boleh sekat keupayaan untuk mengguna Siri di bawah Setting Sekatan.
(d) FaceTime. Ciri panggilan video FaceTime daripada Perisian iOS (“FaceTime”) menggunakan akses internet dan mungkin tidak terdapat di semua Negara atau kawasan-kawasan. Kegunaan FaceTime oleh anda adalah tertakluk kepada pematuhan anda dengan Seksyen 2(e) diatas. Untuk memulai FaceTime, dan untuk mulakan dan menerima panggilan FaceTime antara anda dan pengguna FaceTime yang lain, pengecam unik yang tertentu untuk Peralatan iOS dan akaun anda diperlu. Pengecam-pengecam yang unik ini mungkin termasuk alamat-alamat e-mel anda, Informasi Apple ID yang anda beri, pengecam perkakasan untuk Peralatan iOS anda, dan nombor telefon iPhone anda. Dengan menggunakan Perisian iOS, anda bersetuju bahawa Apple dibenarkan menghantar, mengumpul, menyenggara,memproses, dan menggunakan pengecam tersebut bagi tujuan untuk membantu dan meningkatkan ciri-ciri FaceTime. Anda memahami bahawa nombor telefon iPhone anda akan dipamerkan kepada pihak yang lain di panggilan video tersebut (walaupun anda telah sekat nombor itu) atau alamat e-mel anda akan ditunjukkan, bergantung kepada setting yang anda pilih. Jika anda menggunakan iPad ataupun iPod touch yang berkeupayaan FaceTime, alamat e-mel anda akan dipamerkan kepada pihak yang lain di panggilan video tersebut. Anda boleh memadamkan ciri-ciri FaceTime melalui setting FaceTime di Peralatan iOS anda atau melalui Setting Sekat dan membolehkan sekatan FaceTime.
(e) iMessage. Ciri-ciri mesej Perisian iOS (“iMessage”) mungkin tidak terdapat di semua Negaraataurantau. Kegunaan iMessage oleh anda adalah tertakluk kepada pematuhan oleh anda dengan Seksyen 2(e) diatas. Untuk memulai iMessage, dan untuk mulakan dan menerima iMessage antara anda dan pengguna Peralatan iOS yang lain, pengecam unik yang tertentu untuk Peralatan iOS dan akaun anda diperlu. Pengecam-pengecam yang unik ini mungkin termasuk alamat-alamat e-mel anda, Informasi Apple ID yang anda beri, pengecam perkakasan untuk Peralatan iOS anda dan nombor telefon iPhone anda. Dengan menggunakan Perisian iOS, anda bersetuju bahawa Apple dibenarkan menghantar, mengumpul, , menyenggara, memproses, dan menggunakan pengecam tersebut bagi tujuan untuk membantu dan meningkatkan perkhidmatan iMessage. Perkhidmatan iMessage memerlukan Wi-Fi atau sambungan data selular. Untuk mudahkan penyampaian iMessage anda dan untuk membolehkan dan mengekalkan perbualan merentasi alat-alat anda, Apple akan memegang iMessage anda dalam bentuk sulit untuk tempoh masa yang terhad. Jika mesej anda tidak boleh dihantarkan sebagai iMessage, mesej anda akan dihantar sebagai SMS atau MMS, dimana kadar-kadar mesej pembawa akan terpakai. Anda memahami bahawa nombor telefon iPhone anda akan dipamerkan kepada pihak yang lain (walaupun anda telah sekat nombor itu) atau alamat e-mel anda akan ditunjukkan, bergantung kepada setting yang anda pilih. Anda boleh mematikan perkhidmatan iMessage melalui Setting Mesej di Peralatan iOS anda.
(f) Photo Stream. Dengan menggunakan ciri-ciri Photo Stream iCloud, anda bersetuju bahawa Apple dibenarkan menyimpan gambar-gambar yang diambil oleh Peralatan iOS anda atau dimuat naik dari komputer anda untuk tempoh masa yang terhad dan secara automatik menghantar gambar-gambar itu kepada Peralatan Apple iOS anda yang lain atau komputer-komputer lain yang berkeupayaan Photo Stream. Sila ambil perhatian bahawa bilangan gambar-gambar yang boleh disimpan adalah terhad pada setiap suatu masa dan gambar-gambar yang lebihlama akan secara automatik dihapuskan daripada Photo Stream selepas sesuatu masa. Sebarang gambar yang hendak disimpan oleh anda harus disimpan di gulungan kamera anda, album lain atau di komputer anda. Resolusi gambar mungkin berbeza bergantung kepada peralatan yang digunakan untuk dimuat turun. Jika anda tidak mahu mengguna Photo Stream, anda boleh matikan Photo Stream di semua Peralatan iOS anda atau komputer-komputer yang berkebolehan Photo Stream. Semua penggunaan ciri-ciri Photo Stream adalah tertakluk kepada terma dan syarat-syarat perjanjian ini dan Terma dan Syarat-syarat iCloud terletak di: http://www.apple.com/legal/icloud/ww/.
(g) Pengiklanan Berdasarkan Minat. Apple boleh menyediakan pengiklanan mudah alih dan berasaskan minat kepada anda. Jika anda tidak mahu menerima pengiklanan yang berkaitan di Peralatan iOS anda, anda boleh memilih keluar secara pautan di Peralatan iOS anda melalui: http://oo.apple.com. Jika anda memilih keluar, anda akan terus menerima jumlah iklan-iklan mudah alih, tetapi ianya mungkin kurang relevan kerana ia tidak berdasarkan minat-minat anda. Anda mungkin masih dapat melihat iklan-iklan berkaitan dengan kandungan laman web atau dalam penggunaan atau berdasarkan maklumat tidak peribadi yang lain. Memilih keluar ini hanya berkaitan dengan perkhidmatan pengiklanan Apple dan tidak menjejaskan pengiklanan berdasarkan minat dengan rangkaian pengiklanan yang lain.
(h) Dasar Privasi. Pada sepanjang masa, informasi anda akan dijaga sejajar dengan Dasar Privasi Apple, yang dimasukkan melalui rujukan ke dalam Lesen ini dan yang boleh dilihat di: www.apple.com/privacy/.
5. Perkhidmatan dan Bahan-Bahan Pihak Ketiga.
(a) Perisian iOS membolehkan akses kepada iTunes Store Apple; App Store, iCloud, Game Center, iCloud dan lain-lain perkhidmatan Apple dan pihak ketiga serta laman web (secara kolektif dan individual, “Perkhidmatan”). Perkhidmatan sedemikian mungkin tidak disediakan dalam semua bahasa atau di semua Negara. Penggunaan Perkhidmatan tersebut memerlukan akses internet dan penggunaan Perkhidmatan tertentu memerlukan Apple ID, yang memerlukan anda menerima terma-terma tambahan perkhidmatan dan mungkin tertakluk kepada yuran-yuran tambahan. Dengan menggunakan perisian ini berkaitan dengan Apple ID, akaun iTunes Store, akaun Game Center atau akaun iCloud anda bersetuju kepada terma-terma perkhidmatan yang digunakan akaun tersebut, seperti Terma-terma dan Syarat-syarat Perkhidmatan iTunes Store terkini atau Terma-terma dan Syarat-syarat Game Center, yang anda boleh akses dan rujuk http://www.apple.com/legal/itunes/ww/, atau Terma-Terma dan Syarat-Syarat iCloud yang boleh didapati di: http://www.apple.com/legal/icloud/ww/ masing-masing.
(b) Jika anda mendaftar untuk iCloud, ciri-ciri iCloud yang tertentu seperti “Back Up” dan “Find My iPhone” boleh diakses secara langsung daripada Perisian iOS. Anda mengakui dan bersetuju bahawa penggunaan iCloud dan ciri-cirinya tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan iCloud yang terkini, yang boleh diakses dan dirujuk di: http://www.apple.com/legal/icloud/ww/.
(c) Anda memahami bahawa dengan menggunakan mana-mana Perkhidmatan, anda boleh berhadapan dengan kandungan yang berkemungkinan menyakitkan hati, tidak sopan, atau tidak menyenangkan, yang kandungannya mungkin atau tidak mungkin dikenal pastikan sebagai bahasa kasar yang tidak menyenangkan, dan menyebabkan mana-mana carian atau kemasukan kepada URL tertentu boleh secara automatik dan dengan tidak sengaja bersambung kepada sambungan atau rujukan kepada bahan-bahan yang tidak disenangi. Walaubagaimanapun, anda bersetuju untuk menggunakan Perkhidmatan pada risiko anda sendiri dan Apple tidak akan bertanggungjawab terhadap anda untuk kandungan yang menyakitkan hati, tidak sopan atau tidak menyenangkan.
(d) Perkhidmatan tertentu boleh mempamerkan, termasuk atau mengadakan kandungan, data, maklumat, aplikasi atau bahan daripada pihak ketiga (“Bahan Pihak Ketiga”) atau menyediakan sambungan kepada laman web tertentu pihak ketiga. Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda mengakui dan bersetuju bahawa Apple tidak bertanggungjawab untuk memeriksa atau menilai kandungan, ketepatan, kelengkapan, kesahihan, pematuhan hakcipta, kesahan, kesopanan, kualiti atau mana-mana aspek Bahan Pihak Ketiga atau laman web. Apple, kakitangannya, pihak-pihak berkaitan dan anak syarikatnya tidak akan waran atau endors dan tidak menerima dan tidak akan mempunyai liabiliti atau bertanggungjawab kepada anda atau orang lain untuk mana-mana Perkhidmatan pihak ketiga, Bahan Pihak Ketiga atau laman web, atau untuk lain-lain bahan, produk, atau Perkhidmatan pihak ketiga. Bahan Pihak Ketiga dan sambungan kepada lain-lain laman web adalah disediakan hanya untuk kesenangan anda.
(e) Maklumat kewangan yang dipamerkan melalui Perkhidmatan adalah untuk tujuan maklumat am sahaja dan tidak patut digantung kepada tidak dicadangkan sebagai nasihat pelaburan. Sebelum melaksanakan mana-mana transaksi sekuriti berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh melalui Perkhidmatan, anda sepatutnya berunding dengan profesional kewangan atau sekuriti yang berkelayakan secara sah untuk memberi nasihat kewangan atau sekuriti di negara atau rantau anda. Data lokasi yang disediakan oleh mana-mana Perkhidmatan adalah untuk tujuan tunjuk arah asas sahaja dan tidak dicadangkan untuk bergantung kepada dalam semasa dalam situasi yang maklumat lokasi tepat diperlukan atau dimana data lokasi yang tersalah, tidak tepat, lewat atau tertangguh masa atau tidak lengkap yang boleh membawa maut, kecederaan diri, kerosakan harta atau alam sekitar. Apple atau mana-mana penyedia kandungan tidak menjamin ketersediaan, ketepatan, kelengkapan, pergantungan, ketepatan masa atau kemaskinian maklumat stok terkini atau data lokasi atau apa-apa data lain yang dipamerkan oleh mana-mana Perkhidmatan.
(f) Anda bersetuju bahawa Perkhidmatan mengandungi kandungan hak milik, maklumat dan bahan yang dimiliki oleh Apple dan/atau pemegang lesen, dan dilindungi oleh harta intelek dan lain-lain undang-undang terpakai, termasuk tetapi tidak terhad kepada hakcipta. Anda bersetuju bahawa anda tidakakan menggunakan kandungan hak ,miliki tersebut, maklumat atau bahan melainkan untuk kegunaan Perkhidmatan yang dibenarkan, atau dengan sebarang cara yang tidak konsistent dengan terma-terma Lesen ini atau yang melanggar sebarang hak harta intelek pihak ketiga atau Apple . Mana-mana bahagian Perkhidmatan tidak boleh dihasilkan semula dalam apa bentuk atau dalam apa-apa cara sekalipun. Anda bersetuju untuk tidak mengubah, menyewakan, memajakkan, menjualkan, mengedarkan, atau mencipta kerja-kerja yang diperolehi berdasarkan Perkhidmatan, dalam apa-apa cara sekalipum, dan anda tidak boleh mengeksploit Perkhidmatan dalam apa-apa cara yang tidak dibenarkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, menggunakan Perkhidmatan tersebut untuk menghantar sebarang virus komputer, “worm”, “trojan horse” atau “malware” yang lain, menceroboh atau membebani kapasiti rangkaian. Anda selanjutnya bersetuju untuk tidak menggunakan Perkhidmatan dalam apa-apa cara yang mengacau, menyalahi, menghendap, mengugut, memfitnah atau apa-apa yang melanggar hak-hak mana-mana pihak lain, dan Apple tidak dalam apa-apa cara sekalipun bertanggungjawab untuk apa-apa kegunaan tersebut oleh anda, atau untuk mana-mana mesej atau transmisi bersifat pengacauan, ugutan, fitnah, menyakitkan hati, atau mesej-mesej pelanggaran atau menyalahi undang-undang atau transmisi yang mungkin anda menerimanya disebabkan oleh penggunaan mana-mana Perkhidmatan.
(g) Tambahan, Perkhidmatan dan Bahan Pihak Ketiga yang berkemungkinan diakses, ditunjukkan atau disambungkan kepada daripada Peralatan iOS tidak didapati dalam semua bahasa atau semua negara atau wilayah. Apple tidak membuat representasi bahawa Perkhidmatan dan bahan sedemikian adalah bersesuaian atau didapati untuk kegunaan mana-mana lokasi tertentu. Setakat anda memilih untuk menggunakan atau mengakses Perkhidmatan ataudan bBahan-bahan sedemikian, anda membuat perkara tersebut di atas inisiatif anda dan bertanggungjawab untuk pematuhan undang-undang terpakai, termasuk tetapi tidak terhad kepada undang-undang tempatan. Apple dan pemegang Lesen mempunyai hak untuk mengubah, menangguhkan, mengalih, atau tidak mengupayakan akses kepada mana-mana Perkhidmatan pada bila-bila masa tanpa notis. Dalam apa-apa peristiwa, Apple tidak akan bertanggungjawab untuk pengubahan atau tidak mengupayakan akses kepada mana-mana Perkhidmatan. Apple boleh mengehadkan penggunaan atau akses kepada Perkhidmatan tertentu, dalam apa-apa kes dan tanpa notis atau liabiliti.
6. Penamatan. Lesen ini adalah efektif sehingga ditamatkan. Hak-hak anda di bawah Lesen ini akan ditamatkan secara automatik atau dengan cara lain berhenti menjadi efektif tanpa notis daripada Apple sekiranya anda gagal untuk mematuhi mana-mana terma (terma-terma) Lesen ini. Di atas penamatan Lesen ini, anda mesti berhenti menggunakan Perisian iOS. Seksyen 4,5, 6, 7, 8, 9, 12 dan 13 Lesen ini akan terus berkuat kuasa selepas sebarang penamatan sedemikian.
7. Penolakan Tuntutan Waranti-waranti.
7.1 Jika anda adalah seorang pelanggan yang merupakan seorang pengguna (seseorang yang menggunakan Perisian iOS di luar perdagangan, perniagaan atau profesion anda), anda mungkin mempunyai hak dari segi undang-undang dalam negara di mana anda menetap yang akan melarang had-had berikut daripada terpakai kepada anda, dan di mana ia dilarang, ia tidak akan terpakai kepada anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang hak-hak anda, anda seharusnya berhubung dengan organisasi penasihat pengguna tempatan.
7.2 ANDA MENGAKUI DAN BERSETUJU SECARA NYATA BAHAWA, SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG TERPAKAI, RISIKO PENGGUNAAN PERISIAN DAN PERKHIDMATAN iOS, TERLETAK SECARA KESELURUHAN DI ATAS ANDA SENDIRI DAN SEGALA RISIKO BERKENAAN KEPUASAN KUALITI, KEBOLEHAN, KETEPATAN DAN USAHA ADALAH DIPIHAK ANDA.
7.3 SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG TERPAKAI, PERISIAN DAN PERKHIDMATAN iOS YANG DIPERUNTUKAN OLEH PERISIAN iOS ADALAH DISEDIAKAN “SEPERTI DIDAPATI” (“AS IS”), DENGAN SEGALA KESILAPAN DAN TANPA MANA-MANA WARANTI APA-APA JENIS SEKALIPUN TERSIRAT DALAM APA BENTUK SEKALIPUN, DAN APPLE SERTA PEMBERI LESEN APPLE (DIRUJUK SECARA KOLEKTIF “APPLE” UNTUK TUJUAN SEKSYEN 7 DAN 8) DENGAN INI MENAFIKAN MANA-MANA WARANTI DAN SYARAT BERKENAAN PERISIAN DAN PERKHIDMATAN iOS, SAMA ADA SECARA NYATA, TERSIRAT ATAU STATUTORI, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, WARANT TERSIRAT DAN/ATAU SYARAT BOLEH DINIAGAKAN, KEPUASAN KUALITI, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, KETEPATAN, KEPUASAN, HAK PENGUNAAN SECARA AMAN, DAN TIADA PERLANGGARAN HAK-HAK PIHAK KETIGA.
7.4 APPLE TIDAK MENJAMIN BAHAWA TIDAK AKAN ADA MANA-MANA GANGGUAN PENGUNAAN PERISIAN DAN PERKHIDMATAN iOS, BAHAWA FUNGSI TERKANDUNG DI DALAM ATAU PERKHIDMATAN DILAKUKAN OLEH PERISIAN iOS AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA, OPERASI PERISIAN DAN PERKHIDMATAN iOS TIDAK AKAN DIGANGGU ATAU BEBAS DARIPADA KEROSAKAN, BAHAWA MANA-MANA PERKHIDMATAN AKAN TERUS DISEDIAKAN, KEROSAKAN DI DALAM PERISIAN ATAU PERKHIDMATAN iOS AKAN DIPERBETULKAN, ATAU PERISIAN iOS AKAN BERSESUAIAN ATAU AKAN BERFUNGSI DENGAN MANA-MANA PERISIAN, APLIKASI PIHAK KETIGA ATAU PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA. PEMASANGAN PERISIAN INI BOLEH MENJEJASKAN PENGGUNAAN PERISIAN PIHAK KETIGA, APLIKASI-APLIKASI PIHAK KETIGA ATAU PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA.
7.5. ANDA SELANJUTNYA MENGAKUI BAHAWA PERISIAN DAN PERKHIDMATAN iOS TIDAK DINIATKAN ATAU BERSESUAIAN UNTUK KEGUNAAN DALAM SITUASI ATAU PERSEKITARAN YANG KEGAGALAN ATAU KELEWATAN MASA , ATAU KESALAHAN ATAU TIDAK KETEPATAN DALAM KANDUNGAN, DATA ATAU MAKLUMAT DISEDIAKAN OLEH PERISIAN ATAU PERKHIDMATAN iOS BOLEH MEMBAWA KEPADA MAUT, KECEDERAAN DIRI, ATAU KEROSAKAN FIZIKAL ATAU ALAM SEKITAR YANG TERUK, TERMASUK TANPA HAD OPERARSI KEMUDAHAN NUKLEAR, PESAWAT UDARA, SISTEM TUNJUK ARAH PESAWAT DAN KOMUNIKASI, PENGAWALAN TRAFIK UDARA, SISTEM PENGGANTUNGAN HIDUP ATAU SENJATA.
7.6. TIADA MAKLUMAT BERTULIS ATAU LISAN ATAU MAKLUMAN DIBERIKAN OLEH APPLE ATAU PERWAKILAN SAH APPLE MENYEBABKAN SATU WARANTI WUJUD. SEKIRANYA PERISIAN ATAU PERKHIDMATAN iOS TERBUKTI GAGAL, ANDA BERSETUJU UNTUK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEGALA KOS PERKHIDMATAN BERSESUAIAN, PEMBAIKAN ATAU PEMBETULAN. DI DALAM SESETANGAH SESETENGAH BIDANG KUASA PIHAK BERKUASA TIDAK MEMBENARKAN PENOLAKAN HAK-HAK WARANTI TERSIRAT ATAU PENGEHADAN KE ATAS HAK-HAK STATUTORI-STATUTORI PENGGUNA YANG TERPAKAI, OLEH YANG DEMIKIAN, PENOLAKAN DAN HAD TERSEBUT MUNGKIN TIDAK TERPAKAI TERHADAP ANDA.
8. HAD LIABILITI. SETAKAT MANA IANYA TIDAK DILARANG OLEH UNDANG-UNDANG TERPAKAI, APPLE DALAM APA-APA KEADAAN PUN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS KECEDERAAN DIRI, ATAU MANA-MANA GANTI RUGI SAMPINGAN, KHAS, TIDAK LANGSUNG ATAU LANJUTAN, TERMASUK TANPA HAD, GANTIRUGI UNTUK KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN DATA, GANGGUAN PERNIAGAAN ATAU APA-APA GANTI RUGI ATAU KERUGIAN KOMERSIAL LAIN, YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKENAAN DENGAN PENGGUNAAN ANDA ATAU KETIDAK UPAYAAN MENGGUNAKAN PERISIAN DAN PERKHIDMATAN iOS ATAU MANA-MANA PERISIAN PIHAK KETIGA ATAU APLIKASI BERHUBUNG DENGAN PERISIAN iOS, APA SEBAB SEKALIPUN, TANPA MENGHIRAUKAN TEORI LIABILITI (KONTRAK, TORT ATAU SEBALIKNYA) DAN JIKA PUN APPLE TELAH DIMAKLUMKAN TENTANG KEMUNGKINAN GANTIRUGI TERSEBUT). SESETENGAH BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENGEHADAN LIABILITI UNTUK KECEDERAAN DIRI, ATAU GANTIRUGI SAMPINGAN ATAU LANJUTAN, OLEH YANG DEMIKIAN, PENGEHADAN INI MUNGKIN TIDAK TERPAKAI KEPADA ANDA. Dalam apa-apa cara sekalipun, jumlah liabiliti Apple pada anda secara keseluruhan (melainkan sepertimana yang diperuntukkan di dalam undang-undang berkenaan kes-kes melibatkan kecederaan diri) tidak akan melebihi amaun dua ratus lima puluh dollar ($250.00). Had-had yang tersebut di atas akan terpakai walaupun sekiranya remedi yang dinyatakan di atas menggagalkan tujuannya yang penting.
9. Sijil Digital. Perisian iOS mengandungi fungsi yang membenarkannya untuk menerima sijil digital yang dikeluarkan oleh Apple atau Pihak ketiga. ANDA SENDIRI YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN UNTUK MEMUTUSKAN SAMA ADA ATAU TIDAK UNTUK BERGANTUNG KEPADA SIJIL SAMA ADA IANYA DIKELUARKAN OLEH APPLE ATAU PIHAK KETIGA. RISIKO PENGGUNAAN SIJIL-SIJIL DIGITAL OLEH ANDA ADALAH DITANGGUNG HANYA OLEH ANDA SENDIRI. KE TAKAT MAKSIMA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG TERPAKAI, APPLE TIDAK MEMBUAT SEBARANG WARANTI ATAU REPRESENTASI, SECARA NYATA ATAU SECARA TERSIRAT, BERKENAAN BOLEH DAGANG ATAU KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, KETEPATAN, SEKURITI, ATAU TIADA PERLANGGARAN HAK-HAK PIHAK KETIGA BERKENAAN DENGAN SIJIL DIGITAL.
10. Pengawalan Ekspot. Anda tidak boleh menggunakan atau sebalknya mengekspot atau ekspot semula Perisian Apple kecuali dibenarkan oleh undang-undang Amerika Syarikat dan undang-undang dalam bidang kuasa yang mana Perisian Apple diperoleh. Khususnya, tetapi tanpa had, Perisian iOS tidak boleh diekspot atau diekspotkan semula (a) ke dalam mana-mana negara yang dilarang untuk berdagang dengan Amerika Syarikat atau (b) kepada sesiapa yang tersenarai dalam Senarai Warganegara Ditentukan Khas oleh Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat atau Senarai Orang Dihalang atau Senarai Entiti Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat. Dengan menggunakan Perisian iOS, anda mewakilkan dan menjamin bahawa anda tidak berada dalam mana-mana negara tersebut atau mana-mana senarai tersebut. Anda juga bersetuju bahawa anda tidak menggunakan Perisian iOS untuk apa-apa tujuan yang dilarang oleh undang-undang Amerika Syarikat, termasuk tanpa had, pembangunan, reka cipta, penghasilan atau pengeluaran peluru berpandu, nuklear,kimia atau biologi.
11. Pengguna-pengguna Akhir Kerajaan. Perisian iOS dan dokumentasi berkaitan adalah “Item Komersial” sepertimana terma tersebut didefinisikan dalam 48 C.F.R.§2.101, yang terdiri daripada “Perisian Komputer Komersial” dan “Dokumentasi Perisian Komputer Komersial” sepertimana terma-terma tersebut adalah digunakan di dalam 48 C.F.R. .§12.212 atau 48 C.F.R.§227.7202, yang mana terpakai. Konsisten dengan 48 C.F.R. .§12.212 atau 48 C.F.R.§227.7202-1 melalui 227.7202-4, yang mana terpakai, Perisian Komputer Komersial dan Dokumentasi Perisian Komputer Komersial adalah dilesenkan kepada pengguna-pengguna akhir kerajaan Amerika Syarikat (a) hanya sebagai Item Komersial dan (b) hanya dengan hak-hak tersebut seperti yang diberikan kepada pengguna lain selaras dengan terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di sini. Hak-hak yang tidak disiarkan dirizabkan di bawah undang-undang hakcipta Amerika Syarikat.
12. Undang-undang Pengawalan dan Kebolehasingan. Lesen ini akan ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Negeri California, tidak termasuk prinsip konflik undang-undang negerinya. Lesen ini tidak akan ditadbir oleh Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkenaan Kontrak untuk Jualan Barangan Antarabangsa, pemakaian yang mana dikecualikan secara nyata. Sekiranya anda adalah seorang pengguna yang menetap di United Kingdom, Lesen ini akan ditadbir kepada undang-undang dalam bidang kuasa tempat kediaman anda. Sekiranya untuk apa-apa alasan mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten mendapati mana-mana peruntukan, atau sebahagian daripadanya, tidak boleh dikuatkuasakan, peruntukan Lesen ini atau sebahagian darinya, adalah tidak boleh dikuatkuasakan,baki bahagian Lesen ini akan terus berkuatkuasa dan berkesan penuh.
13. Perjanjian Lengkap; Bahasa Digunakan. Lesen ini membentuk perjanjian keseluruhan di antara anda dan Apple berkenaan dengan penggunaan Perisian iOS yang dilesenkan di sini dan menggantikan segala persefahaman sebelum ini atau semasa berkenaan perkara tersebut. Apa-apa terjemahan Lesen ini adalah dibuat untuk keperluan tempatan dan dalam keadaan berlakunya pertikaian di antara versi Inggeris dengan bukan Inggeris, versi Inggeris Lesen ini akan berkuatkuasa dan terpakai, setakat yang tidak dilarang oleh undang-undang tempatan di bidang kuasa anda.
14.
Perakuan Pihak Ketiga. Bahagian-bahagian Perisian iOS menggunakan atau termasuk perisian Pihak ketiga dan lain-lain bahan yang terpelihara oleh hakcipta. Pengakuan, terma-terma lesen dan penolakan tuntutan untuk bahan tersebut adalah terkandung di dalam dokumentasi elektronik untuk Perisian Apple dalam talian, dan dengan menggunakan bahan tersebut anda adalah tertakluk kepada terma-terma tersebut. Kegunaan Google Safe Browsing Service adalah tertakluk kepada Terma-Terma Perkhidmatan Google (http://www.google.com/terms_of_service.html) dan Polisi Privasi Google (http://www.google.com/privacypolicy.html).
15. Penggunaan MPEG-4; H.264/Notis AVC.
(a) Perisian iOS mengandungi fungsi video MPEG-4 fungsi pengekod dan/atau penyahkodan. Perisian iOS adalah dilesenkan di bawah portfolio Lesen Portfolio Visual Paten MPEG-4 untuk untuk kegunaan peribadi dan bukan komersial seseorang pengguna untuk (i) pengekodan video selaras dengan Tahap Visual MPEG-4 (“Video MPEG-4”) dan/atau (ii) penyahkodan video MPEG-4 yang dikodkan oleh pengguna yang terlibat dalam aktiviti peribadi dan bukan komersial dan/atau yang diperoleh daripada penyedia video yang dilesenkan oleh MPEG LA untuk menyediakan video MPEG-4. Lesen tidak akan diberikan atau tersirat untuk lain-lain kegunaan. Lesen tambahan tersebut boleh diperoleh daripada MPEG LA, LLC. Sila lihat http://www.mpegla.com untuk keterangan lanjut.
(b) Perisian iOS mengandungi fungsi pengekodan AVC dan/atau penyahkodan, kegunaan komersial H.264/AVC memerlukan lesen tambahan dan peruntukan berikut diaplikasikan: FUNGSI AVC DALAM PERISIAN iOS ADALAH DILESENKAN DI SINI HANYA UNTUK KEGUNAAN PERIBADI DAN BUKAN KOMERSIAL PENGGUNA UNTUK: (i) PENGEKODAN VIDEO SELARAS DENGAN STANDARD AVC (“VIDEO AVC”) DAN/ATAU (ii) PENYAHKODAN VIDEO AVC YANG DIKODKAN OLEH PENGGUNA YANG TERLIBAT DALAM AKTIVITI PERIBADI DAN BUKAN KOMERSIAL DAN/ATAU VIDEO AVC YANG DIPEROLEH DARIPADA PENYEDIA VIDEO YANG DILESENKAN UNTUK MENYEDIAKAN VIDEO AVC. MAKLUMAT BERKENAAN DENGAN KEGUNAAN LAIN SERTA LESEN-LESEN BOLEH DIDAPATI DARIPADA MPEG LA L.L.C. SILA LIHAT HTTP://WWW.MPEGLA.COM.
16. Sekatan Carian Perkhidmatan Carian Yahoo. Perkhidmatan Carian Yahoo boleh didapati melalui Safari yang dilesenkan untuk kegunaan di negara-negara berikut sahaja: Argentina, Aruba, Australia, Austria, Barbados, Belgium, Bermuda, Brazil, Bulgaria, Canada, Cayman Islandsm Chile, China, Colombia, Cyprus, Czech Republic, Demnark, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, Finland, France, Germany, Greece, Grenada, Guatemala, Hong Kong, Hungary, Iceland, India, Indonesia, Ireland, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Lithuania, Luvembourg, Malaysia, Malta, Mexico, Netherlands, New Zealand, Nicaragua, Norway, Panama, Peru, Philippines, Poland, Portugal, Puerto Rice, Romania, Singapore, Slovakia, Slovenia, South Korea, Spain, St. Lucia, St. Vincent, Sweden, Switzerland, Taiwan, Thailand, The Bahamas, Trinidad dan Tobago, Turkey, UK, Uruguay, US dan Venezuela.
17. Notis Microsoft Exchange. Setting Mel Microsoft Exchange dalam Perisian iOS adalah dilesenkan hanya untuk penyelarasan atas udara (over-the-air synchronization of information) berkenaan maklumat, misalnya e-mel, kenalan, kalender dan tugas-tugas, antara iOS anda dan Server Microsoft Exchange atau perisian server lain yang dilesenkan oleh Microsoft untuk melaksanakan protocol Microsoft Exchange ActiveSync.
EA0790
Semakan Dikemaskini 08/15/11
--------------------------------------------------------------------------------------------------
NOTIS-NOTIS DARIPADA APPLE
Sekiranya Apple perlu untuk menghubungi anda berkenaan produk atau akaun, anda bersetuju untuk menerima notis-notis melalui email. Anda bersetuju notis-notis tersebut yang kami hantar secara elektronik akan memenuhi segala keperluan komunikasi yang selaras dengan undang-undang.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT GOOGLE MAPS
Thank you for trying out the Google Maps for mobile software application! This page contains the terms and conditions (the "Terms and Conditions") for Google Maps for mobile and the enterprise version of Google Maps for mobile. In order to use this software, including any third party software made available to you in conjunction with this software and/or the related service, (collectively referred to below as "Google Maps for mobile") you agree to be bound by these Terms and Conditions, either on behalf of yourself or on behalf of your employer or other entity. If you are agreeing to be bound by these Terms and Conditions on behalf of your employer or other entity, you represent and warrant that you have full legal authority to bind your employer or such entity to these Terms and Conditions. If you don’t have the legal authority to bind, please press "No" when asked whether you agree to these Terms and Conditions, and do not proceed with use of this product.
Additional Terms
Google Maps for mobile is designed to be used in conjunction with Google's Maps services and other Google services. Accordingly, you agree and acknowledge that your use of Google Maps for mobile is also subject to (a) the specific terms of service for Google Maps (which can be viewed at http://local.google.com/help/terms_local.html) including the content notices applicable thereto (which can be viewed at http://local.google.com/help/legalnotices_local.html), (b) the general Google terms of service (which can be viewed at http://www.google.com/terms_of_service.html) and (c) Google’s overall privacy policy (which can be viewed at http://www.google.com/privacypolicy.html), as well as specific privacy policies, such as the Google Maps for mobile privacy policy included with this application, such provisions being hereby incorporated into these Terms and Conditions by reference. To the extent that there is any inconsistency or conflict between such additional terms and these Terms and Conditions, the provisions of these Terms and Conditions take precedence.
Network Charges
Google does not charge for downloading or using Google Maps for mobile, but depending on your plan and your carrier or provider, your carrier or other provider may charge you for downloading Google Maps for mobile or for use of your mobile phone when you access information or other Google services through Google Maps for mobile.
Non-Commercial Use Only
Google Maps for mobile is made available to you for your non-commercial use only. This means that you may use it for your personal use only: you may use it at work or at home, to search for anything you want, subject to the terms set out in these Terms and Conditions. You need to obtain Google's permission first, which you can do by contacting mobile-support@google.com, if you want to sell Google Maps for mobile or any information, services, or software associated with or derived from it, or if you want to modify, copy, license, or create derivative works from Google Maps for mobile.
Unless you have our prior written consent, you agree not to modify, adapt, translate, prepare derivative works from, decompile, reverse engineer, disassemble or otherwise attempt to derive source code from Google Maps for mobile.
Furthermore, you may not use Google Maps for mobile in any manner that could damage, disable, overburden, or impair Google's services (e.g., you may not use the Google Maps for mobile in an automated manner), nor may you use Google Maps for mobile in any manner that could interfere with any other party's use and enjoyment of Google's services.
If you have comments on Google Maps for mobile or ideas on how to improve it, please email mobile-support@google.com. Please note that by doing so, you also grant Google and third parties permission to use and incorporate your ideas or comments into Google Maps for mobile (or third party software) without further notice or compensation.
Intellectual Property
As between you and Google, you agree and acknowledge that Google owns all rights, title and interest in and to Google Maps for mobile, including without limitation all associated Intellectual Property Rights. "Intellectual Property Rights" means any and all rights existing from time to time under patent law, copyright law, trade secret law, trademark law, unfair competition law, and any and all other proprietary rights, and any and all applications, renewals, extensions and restorations thereof, now or hereafter in force and effect worldwide. You agree to not remove, obscure, or alter Google's or any third party's copyright notice, trademarks, or other proprietary rights notices affixed to or contained within or accessed in conjunction with or through the Google Maps for mobile.
Disclaimer of Warranties
Google and any third party who makes its software available in conjunction with or through Google Maps for mobile disclaim any responsibility for any harm resulting from your use of Google Maps for mobile and/or any third party software accessed in conjunction with or through Google Maps for mobile.
GOOGLE MAPS FOR MOBILE IS PROVIDED "AS IS," WITH NO WARRANTIES WHATSOEVER. GOOGLE AND SUCH THIRD PARTIES EXPRESSLY DISCLAIM TO THE FULLEST EXTENT PERMITTED BY LAW ALL EXPRESS, IMPLIED, AND STATUTORY WARRANTIES, INCLUDING, WITHOUT LIMITATION, THE WARRANTIES OF MERCHANTABILITY, FITNESS FOR A PARTICULAR PURPOSE, AND NON-INFRINGEMENT OF PROPRIETARY RIGHTS. GOOGLE AND ANY SUCH THIRD PARTIES DISCLAIM ANY WARRANTIES REGARDING THE SECURITY, RELIABILITY, TIMELINESS, AND PERFORMANCE OF GOOGLE MAPS FOR MOBILE AND SUCH THIRD PARTY SOFTWARE.
YOU UNDERSTAND AND AGREE THAT YOU DOWNLOAD AND/OR USE GOOGLE MAPS FOR MOBILE AT YOUR OWN DISCRETION AND RISK AND THAT YOU WILL BE SOLELY RESPONSIBLE FOR ANY DAMAGES TO YOUR COMPUTER OR MOBILE DEVICE SYSTEM OR LOSS OF DATA THAT RESULTS FROM THE DOWNLOAD OR USE OF GOOGLE MAPS FOR MOBILE. SOME STATES OR OTHER JURISDICTIONS DO NOT ALLOW THE EXCLUSION OF IMPLIED WARRANTIES, SO THE ABOVE EXCLUSIONS MAY NOT APPLY TO YOU. YOU MAY ALSO HAVE OTHER RIGHTS THAT VARY FROM STATE TO STATE AND JURISDICTION TO JURISDICTION.
Limitation of Liability
UNDER NO CIRCUMSTANCES SHALL GOOGLE OR ANY THIRD PARTY WHO MAKE THEIR SOFTWARE AVAILABLE IN CONJUNCTION WITH OR THROUGH THE GOOGLE MAPS FOR MOBILE BE LIABLE TO ANY USER ON ACCOUNT OF THAT USER'S USE OR MISUSE OF GOOGLE MAPS FOR MOBILE. SUCH LIMITATION OF LIABILITY SHALL APPLY TO PREVENT RECOVERY OF DIRECT, INDIRECT, INCIDENTAL, CONSEQUENTIAL, SPECIAL, EXEMPLARY, AND PUNITIVE DAMAGES WHETHER SUCH CLAIM IS BASED ON WARRANTY, CONTRACT, TORT (INCLUDING NEGLIGENCE), OR OTHERWISE, (EVEN IF GOOGLE AND/OR A THIRD PARTY SOFTWARE PROVIDER HAVE BEEN ADVISED OF THE POSSIBILITY OF SUCH DAMAGES). SUCH LIMITATION OF LIABILITY SHALL APPLY WHETHER THE DAMAGES ARISE FROM USE OR MISUSE OF AND RELIANCE ON GOOGLE MAPS FOR MOBILE OR ON PRODUCTS OR SERVICES MADE AVAILABLE IN CONJUNCTION WITH OR THROUGH GOOGLE MAPS FOR MOBILE, FROM INABILITY TO USE GOOGLE MAPS FOR MOBILE OR PRODUCTS OR SERVICES MADE AVAILABLE IN CONJUNCTION WITH OR THROUGH THE GOOGLE MAPS FOR MOBILE, OR FROM THE INTERRUPTION, SUSPENSION, OR TERMINATION OF GOOGLE MAPS FOR MOBILE OR PRODUCTS OR SERVICES MADE AVAILABLE IN CONJUNCTION WITH OR THROUGH GOOGLE MAPS FOR MOBILE (INCLUDING SUCH DAMAGES INCURRED BY THIRD PARTIES). SUCH LIMITATION SHALL APPLY NOTWITHSTANDING A FAILURE OF ESSENTIAL PURPOSE OF ANY LIMITED REMEDY AND TO THE FULLEST EXTENT PERMITTED BY LAW.
SOME STATES OR OTHER JURISDICTIONS DO NOT ALLOW THE EXCLUSION OR LIMITATION OF LIABILITY FOR INCIDENTAL OR CONSEQUENTIAL DAMAGES, SO THE ABOVE LIMITATIONS AND EXCLUSIONS MAY NOT APPLY TO YOU.
Miscellaneous Provisions
These Terms and Conditions will be governed by and construed in accordance with the laws of the State of California, without giving effect to the conflict of laws provisions of California or your actual state or country of residence. If for any reason a court of competent jurisdiction finds any provision or portion of these Terms and Conditions to be unenforceable, the remainder of these Terms and Conditions will continue in full force and effect.
These Terms and Conditions constitute the entire agreement between you and Google with respect to the subject matter hereof and supersede and replace all prior or contemporaneous understandings or agreements, written or oral, regarding such subject matter. Any waiver of any provision of these Terms and Conditions will be effective only if in writing and signed by Google.
September 2007
----------------------------------------------------------------
TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YOUTUBE