BAHASA MALAYSIA
PERHATIAN: DENGAN MENGGUNAKAN iPHONE, iPAD, ATAU iPOD TOUCH (“PERANTI iOS”) ANDA, ANDA BERSETUJU UNTUK TERIKAT OLEH TERMA-TERMA YANG BERIKUT:
A. PERJANJIAN LESEN PERISIAN APPLE iOS
B. NOTIS-NOTIS DARIPADA APPLE
APPLE INC.
PERJANJIAN LESEN PERISIAN APPLE iOS
Lesen Penggunaan Tunggal
SILA BACA PERJANJIAN LESEN PERISIAN INI (“LESEN”) DENGAN TELITI SEBELUM MENGGUNAKAN PERANTI iOS ANDA ATAU MEMUAT TURUNKAN PENGEMASKINIAN PERISIAN YANG MENGIRINGI LESEN INI. DENGAN MENGGUNAKAN PERANTI iOS ANDA ATAU MEMUAT TURUNKAN PENGEMASKINIAN PERISIAN, YANG MANA BERKENAAN, ANDA BERSETUJU UNTUK TERIKAT OLEH TERMA-TERMA LESEN INI. SEKIRANYA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA-TERMA LESEN INI, JANGAN GUNAKAN PERANTI iOS TERSEBUT ATAU MEMUAT TURUNKAN PENGEMASKINIAN PERISIAN TERSEBUT.
SEKIRANYA ANDA MEMBELI PERANTI iOS BARU-BARU INI, DAN ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA-TERMA LESEN INI, ANDA BOLEH MEMULANGKAN PERANTI iOS DALAM TEMPOH PEMULANGAN KEPADA KEDAI APPLE ATAU PENGEDAR SAH YANG ANDA MEMPEROLEH PERANTI TERSEBUT UNTUK BAYARAN BALIK, TERTAKLUK KEPADA POLISI PEMULANGAN APPLE SEPERTI YANG TERDAPAT DI http://www.apple.com/legal/sales_policies/.
1. Am.
(a) Perisian (termasuk kod Boot ROM, perisian terbenam dan perisian pihak ketiga), dokumentasi, ruang-ruang antara muka, kandungan, fon-fon dan sebarang data yang disertakan bersama Peranti iOS anda (“Perisian iOS Asal”), seperti yang mungkin dikemaskinikan atau diganti dengan penambahan-penambahan ciri, pengemaskinian perisian atau perisian pemulihan sistem yang disediakan oleh Apple (“Pengemaskinian Perisian iOS”), sama ada dalam ingatan baca sahaja (ROM), di mana-mana media lain atau dalam mana-mana bentuk lain (Perisian iOS Asal dan Pengemaskinian Perisian iOS tersebut adalah secara kolektif dirujuk sebagai “Perisian iOS”) adalah dilesenkan, bukan dijualkan, kepada anda oleh Apple Inc. (“Apple”) hanya untuk penggunaan di bawah terma-terma Lesen ini. Apple dan pemberi-pemberi lesennya mengekalkan hak milik kepada Perisian iOS tersebut dan merizabkan semua hak yang tidak secara nyata diberikan kepada anda. Anda bersetuju bahawa terma-terma Lesen ini akan terpakai kepada mana-mana aplikasi berjenama Apple yang mungkin dipra-pasang pada peranti iOS anda, melainkan di mana aplikasi tersebut disertakan dengan lesen yang berasingan, yang dalam kes tersebut anda bersetuju bahawa terma-terma lesen tersebut akan terpakai kepada penggunaan aplikasi itu oleh anda.
(b) Apple, mengikut budi bicaranya, mungkin menyediakan Pengemaskinian Perisian iOS kelak untuk Peranti iOS anda. Pengemaskinian Perisian iOS tersebut, jika ada, tidak semestinya merangkumi semua ciri-ciri perisian yang tersedia ada atau ciri-ciri baharu yang dikeluarkan oleh Apple untuk model-model Peranti iOS yang terbaharu atau yang lain. Terma-terma Lesen ini akan mengawal sebarang Pengemaskinian Perisian iOS yang dibekalkan oleh Apple yang menggantikan dan/atau menambah kepada produk Perisian iOS Asal, melainkan Pengemaskinian Perisian iOS tersebut diiringi oleh satu lesen berasingan yang dalam keadaan sedemikian, terma-terma lesen tersebut akan terpakai.
2. Penggunaan Lesen yang Dibenarkan dan Sekatan.
(a) Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Lesen ini, anda diberikan satu lesen terhad dan tidak eksklusif untuk menggunakan Perisian iOS tersebut hanya pada satu Peranti iOS berjenama Apple. Melainkan seperti yang dibenarkan dalam Seksyen 2(b) di bawah, dan melainkan seperti yang dinyatakan dalam perjanjian berasingan di antara anda dan Apple, Lesen ini tidak membenarkan Perisian iOS tersebut untuk wujud pada berbilang Peranti iOS berjenama Apple pada satu masa yang sama dan anda tidak boleh mengedar atau menyebabkan Perisian iOS tersebut menjadi tersedia di rangkaian yang mana ia boleh digunakan oleh berbilang peranti pada satu masa yang sama. Lesen ini tidak memberi anda sebarang hak untuk menggunakan antara muka hak milik Apple dan harta intelek lain dalam reka bentuk, pembangunan, penghasilan, pelesenan atau pengedaran peranti dan aksesori pihak ketiga, atau aplikasi perisian pihak ketiga, untuk penggunaan dengan Peranti iOS. Sebahagian daripada hak-hak tersebut boleh didapati di bawah lesen-lesen berasingan daripada Apple. Untuk keterangan lanjut berkenaan pembangunan peranti dan aksesori-aksesori pihak ketiga untuk Peranti iOS, sila hantar emel kepada madeforipod@apple.com. Untuk keterangan lanjut berkenaan pembangunan aplikasi perisian untuk Peranti iOS, sila hantar emel kepada devprograms@apple.com.
(b) Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Lesen ini, anda diberikan satu lesen terhad dan tidak eksklusif untuk memuat turun Pengemaskinian Perisian iOS yang mungkin disediakan oleh Apple untuk model Peranti iOS anda untuk mengemaskinikan atau memulihkan perisian tersebut pada mana-mana Peranti iOS yang anda memiliki atau mengawal. Lesen ini tidak membenarkan anda untuk mengemaskinikan atau memulihkan sebarang Peranti iOS yang anda tidak kawal atau miliki, dan anda tidak boleh mengedar atau menjadikan Pengemaskinian Perisian iOS tersedia di rangkaian yang mana ia boleh digunakan oleh berbilang peranti atau berbilang komputer pada satu masa yang sama. Sekiranya anda memuat turun suatu Pengemaskinian Perisian iOS kepada komputer anda, anda boleh membuat satu salinan Pengemaskinian Perisian iOS tersebut yang disimpan dalam komputer anda dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin, hanya untuk tujuan sandar sahaja, dengan syarat salinan sandar tersebut mesti termasuk semua notis hak cipta atau notis-notis hak milik lain yang terkandung dalam salinan asal.
(c) Setakat mana Apple telah pra-pasangkan aplikasi berjenama Apple dari App Store pada Peranti iOS anda pada masa pembelian (“App yang Dipraprasang”), anda perlu log masuk ke dalam App Store dan menghubungkan App yang Diprapasang ini dengan akaun App Store anda untuk menggunakannya pada Peranti iOS anda. Apabila anda menghubungkan App yang Diprapasang dengan akaun App Store anda, anda akan pada masa yang sama secara automatik menghubungkan semua App yang Diprapasang lain pada Peranti iOS anda. Dengan memilih untuk menghubungkan App yang Diprapasang dengan akaun App Store anda, anda bersetuju bahawa Apple boleh menghantar, mengumpul, mengekalkan, memproses dan menggunakan kedua-dua Apple ID yang digunakan oleh akaun App Store anda dan pengenal perkakasan unik yang dikumpul daripada Peranti iOS anda, sebagai pengenal akaun unik untuk tujuan mengesahkan kelayakan permintaan anda dan untuk memberikan anda akses kepada App yang Diprapasang melalui App Store. Jika anda tidak ingin menggunakan App yang Diprapasang, anda boleh memadamkannya daripada Peranti iOS anda pada bila-bila masa.
(d) Anda tidak boleh, dan anda bersetuju untuk tidak, atau membolehkan orang lain untuk, menyalin (kecuali sebagaimana yang dibenarkan secara nyata oleh Lesen ini), menyahsusun, melakukan kejuruteraan undur (‘reverse engineer’), menyahhimpun, mencuba memperoleh kod sumber, menyahsulit, mengubah, atau mencipta kerja-kerja terbitan Perisian iOS tersebut atau sebarang perkhidmatan yang disediakan oleh Perisian iOS tersebut atau mana-mana bahagian daripadanya (kecuali sebagaimana dan hanya setakat mana syarat-syarat terdahulu dilarang oleh undang-undang terpakai atau oleh terma-terma lesen yang mengawal penggunaan komponen-komponen sumber terbuka yang mungkin terkandung dalam Perisian iOS tersebut).
(e) Perisian iOS tersebut boleh digunakan untuk menghasilkan semula bahan-bahan asalkan penggunaan sedemikian dihadkan kepada penghasilan semula bahan-bahan yang tidak dilindungi hak cipta, bahan-bahan yang anda adalah pemilik hak cipta, atau bahan-bahan yang anda diberikan hak atau dibenarkan oleh undang-undang untuk menghasilkan semula. Hak milik dan hak harta intelek dalam dan kepada mana-mana kandungan yang dipaparkan oleh, disimpan pada atau yang diakses melalui Peranti iOS anda adalah kepunyaan pemilik kandungan masing-masing. Kandungan sedemikian mungkin dilindungi oleh undang-undang hak cipta atau undang-undang dan triti/perjanjian harta intelek lain, dan mungkin tertakluk kepada terma-terma penggunaan pihak ketiga yang menyediakan kandungan tersebut. Melainkan yang diperuntukkan di sini, Lesen ini tidak memberikan anda sebarang hak untuk menggunakan kandungan tersebut, serta tidak memberi sebarang jaminan bahawa kandungan tersebut akan terus tersedia kepada anda.
(f) Anda bersetuju untuk menggunakan Perisian iOS dan Perkhidmatan tersebut (seperti yang didefinisikan dalam Seksyen 5 di bawah) dengan cara yang mematuhi semua undang-undang terpakai, termasuk undang-undang tempatan negara atau rantau di mana anda menetap atau di mana anda memuat turun atau mengguna Perisian iOS dan Perkhidmatan tersebut. Ciri-ciri Perisian iOS dan Perkhidmatan mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau, sesetengah ciri mungkin berbeza mengikut rantau, dan sebahagian lagi mungkin dihadkan atau tidak boleh didapati daripada pembekal perkhidmatan anda. Sambungan Wi-Fi atau data selular diperlukan untuk sesetengah ciri-ciri Perisian iOS dan Perkhidmatan seperti FaceTime atau iMessage.
(g) Penggunaan App Store memerlukan suatu kombinasi nama pengguna dan kata laluan unik, yang dikenali sebagai Apple ID. Apple ID juga diperlukan untuk mengakses kemaskini aplikasi dan sesetengah ciri-ciri Perisian iOS dan Perkhidmatan. Selain itu, anda mengakui bahawa kebanyakan ciri-ciri dan Perkhidmatan Perisian iOS tersebut menghantar data dan mungkin membawa kesan terhadap caj-caj kepada pelan data anda, dan bahawa anda bertanggungjawab untuk caj-caj sedemikian. Anda boleh mengawal aplikasi yang dibenarkan untuk menggunakan data selular dan melihat anggaran penggunaan data yang telah digunakan oleh aplikasi sebegitu di bawah Tetapan Data Selular (‘Cellular Data Settings’). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Panduan Pengguna untuk Peranti iOS anda.
(h) Sekiranya anda memilih untuk membenarkan pengemaskinian aplikasi secara automatik, Peranti iOS anda akan memeriksa dengan Apple dari semasa ke semasa untuk kemaskini kepada aplikasa pada peranti anda dan, jika ada, kemaskini tersebut akan dimuat turunkan dan dipasang secara automatik pada peranti anda. Anda boleh mematikan pengemaskinian aplikasi secara automatik sama sekali pada bila-bila masa dengan mengakses Tetapan (‘Settings’), memilih iTunes & App Store, dan di bawah Muat Turun Automatik (‘Automatic Downloads’), mematikan Kemaskini (‘Updates’).
3. Pemindahan. Anda tidak boleh menyewa, memajak, meminjam, menjual, mengedar semula, atau member sub-lesen kepada Perisian iOS tersebut. Walau bagaimanapun, anda boleh membuat hanya satu pemindahan kekal segala hak lesen anda kepada Perisian iOS tersebut kepada pihak lain berkenaan dengan pemindahan hak milik Peranti iOS anda, asalkan: (a) pemindahan hak milik tersebut mesti termasuk Peranti iOS anda dan segala Perisian iOS, termasuk semua bahagian komponennya, media asal, bahan-bahan yang dicetak dan Lesen ini; (b) anda tidak boleh menyimpan sebarang salinan Perisian iOS tersebut, sama ada salinan penuh atau separa, termasuk salinan-salinan yang telah disimpan dalam komputer atau peralatan simpanan lain; dan (c) pihak yang menerima Perisian iOS tersebut membaca dan bersetuju kepada terma-terma dan syarat-syarat Lesen ini.
4. Persetujuan kepada Penggunaan Data.
(a) Data Diagnostik dan Penggunaan. Sekiranya anda memilih untuk membenarkan (‘opt-in’) pengumpulan data diagnostik dan penggunaan, anda bersetuju bahawa Apple dan anak-anak syarikatnya dan agen-agennya boleh mengumpul, mengekalkan, memproses dan menggunakan maklumat diagnostik, teknikal, penggunaan dan maklumat berkaitan (“Data Diagnostik dan Penggunaan”), termasuk tetapi tidak terhad kepada pengenal sistem atau perkakasan unik, maklumat berkenaan Peranti iOS, komputer, perisian sistem dan aplikasi, dan alat-alat persisian anda, yang dikumpulkan dari semasa ke semasa untuk membekalkan dan memperbaiki produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Apple, membantu peruntukkan pengemaskinian perisian, sokongan produk dan perkhidmatan-perkhidmatan lain kepada anda (sekiranya ada) berkenaan dengan Perisian iOS tersebut, dan untuk memastikan pematuhan kepada terma-terma Lesen ini. Apple boleh menggunakan maklumat ini, asalkan ia dikumpulkan dalam bentuk yang tidak mengenalpasti anda secara peribadi, untuk tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas. Sekiranya anda telah memilih untuk membenarkan dan telah memasangkan Perkhidmatan Lokasi (‘Location Services’), lokasi peranti anda mungkin juga akan dihantar untuk membantu Apple menganalisakan isu-isu prestasi wayarles dan selular (contohnya, kekuatan atau kelemahan isyarat selular di suatu lokasi tertentu). Untuk membolehkan rakan-rakan kongsi Apple, pembangun pihak ketiga dan pembekal kandungan memperbaiki perisian, perkakasan, kursus, bahan-bahan, dan perkhidmatan mereka yang direka untuk digunakan dengan produk-produk Apple, Apple juga mungkin membekalkan pihak tersebut dengan suatu subset Data Diagnostik dan Penggunaan yang relevan kepada perisian, perkakasan, kursus, bahan-bahan dan/atau perkhidmatan pihak tersebut, selagi Data Diagnostik dan Penggunaan tersebut adalah dalam bentuk yang tidak mengenalpasti anda secara peribadi.
(b) Data Lokasi. Apple dan rakan-rakan kongsinya, pemegang-pemegang lesennya dan pembangun-pembangun pihak ketiga mungkin menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu melalui Peranti iOS anda yang bergantung kepada maklumat lokasi. Untuk menyediakan dan memperbaiki perkhidmatan-perkhidmatan ini, jika disediakan, Apple dan rakan-rakan kongsinya, pemegang-pemegang lesennya dan pembangun-pembangun pihak ketiga boleh menghantar, mengumpul, mengekal, memproses dan menggunakan data lokasi anda, termasuk lokasi geografi masa nyata Peranti iOS anda, maklumat kelajuan perjalanan, pertanyaan-pertanyaan carian lokasi, dan lokasi di mana anda membeli dan menjalankan aplikasi-aplikasi. Data lokasi dan pertanyaan-pertanyaan yang dikumpul oleh Apple dikumpulkan dalam bentuk yang tidak mengenal pasti anda secara peribadi dan mungkin digunakan oleh Apple dan rakan-rakan kongsinya, pemegang-pemegang lesennya dan pembangun-pembangun pihak ketiga untuk menyediakan dan memperbaiki produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan berdasarkan lokasi. Dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan berdasarkan lokasi pada Peranti iOS anda, anda bersetuju dan membenarkan Apple dan rakan-rakan kongsinya, pemegang-pemegang lesennya dan pembangun-pembangun pihak ketiga menghantar, mengumpul, mengekalkan, memproses dan mengguna data lokasi anda dan pertanyaan-pertanyaan bagi menyediakan dan memperbaiki produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut. Anda boleh menarik balik persetujuan ini pada bila-bila masa dengan mengakses tetapan Perkhidmatan Lokasi (‘Location Services’) pada Peranti iOS anda dan sama ada mematikan tetapan global Perkhidmatan Lokasi atau mematikan tetapan lokasi individu setiap aplikasi yang sedar-lokasi pada Peranti iOS anda. Apabila menggunakan aplikasi-aplikasi atau perkhidmatan-perkhidmatan pihak ketiga pada Peranti iOS yang menggunakan atau menyediakan data lokasi, anda adalah tertakluk kepada dan harus membaca terma-terma pihak ketiga sedemikian dan polisi privasi berkenaan penggunaan data lokasi oleh aplikasi-aplikasi atau perkhidmatan-perkhidmatan pihak ketiga sedemikian.
(c) Siri dan Dictation. Sekiranya Peranti iOS anda menyokong Siri dan Dictation, ciri-ciri tersebut mungkin membenarkan anda membuat permintaan-permintaan, memberi perintah-perintah dan mengimlakkan teks kepada peranti anda melalui suara anda. Apabila anda menggunakan Siri atau Dictation, perkara-perkara yang anda ucapkan akan direkod dan dihantar kepada Apple untuk menukarkan perkara ucapan anda kepada teks dan untuk memproses permintaan anda. Peranti anda juga akan menghantar maklumat lain kepada Apple, seperti nama dan nama timangan anda; nama, nama timangan dan hubungan dengan anda (contohnya, “bapa saya”) mengenai kenalan di dalam buku alamat anda; nama-nama lagu di dalam koleksi anda, dan peranti yang membolehkan HomeKit di rumah anda (contohnya, “lampu ruang tamu”) (secara kolektif, “Data Pengguna” anda). Kesemua data ini digunakan untuk membantu Siri dan Dictation memahami anda dengan lebih baik dan untuk mengecam ucapan anda. Ianya tidak dikaitkan kepada data lain yang mungkin didapati oleh Apple daripada penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan Apple yang lain oleh anda. Dengan menggunakan Siri atau Dictation, anda bersetuju dan membenarkan Apple, anak-anak syarikat dan ejen-ejennya untuk menghantar, mengumpul, mengekal, memproses, dan menggunakan maklumat ini, termasuk input suara dan Data Pengguna anda, untuk menyediakan dan memperbaiki Siri, Dictation dan kefungsian pengimlakan dalam produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Apple yang lain.
Sekiranya anda memasangkan Perkhidmatan Lokasi, lokasi Peranti iOS anda pada masa anda membuat permintaan kepada Siri mungkin juga akan dihantar kepada Apple untuk membantu Siri meningkatkan ketepatan tindak balasnya terhadap permintaan anda yang berdasarkan lokasi. Anda boleh melumpuhkan kefungsian lokasi Siri dengan mengakses tetapan Perkhidmatan Lokasi pada Peranti iOS anda dan mematikan tetapan lokasi individu untuk Siri.
Siri boleh membenarkan anda berinteraksi dengan Peranti iOS anda tanpa keperluan untuk menyahkunci (‘unlock’) Peranti iOS anda. Sekiranya anda telah menetapkan kod laluan pada Peranti iOS anda dan ingin mengelakkan penggunaan Siri dari skrin yang terkunci, anda boleh pilih Tetapan, pilih Umum, pilih Kunci Kod Laluan (‘Passcode Lock’) dan tukar pilihan Siri kepada “tutup”.
Anda juga boleh mematikan Siri dan Dictation sama sekali pada bila-bila masa. Untuk berbuat demikian, buka Tetapan, pilih Umum, pilih Siri, dan tukar pilihan Siri kepada “tutup”.
(d) FaceTime; Wi-Fi Calling; iMessage. Untuk memsangkan dan menggunakan ciri panggilan FaceTime (“FaceTime”), ciri panggilan Wi-Fi (“Wi-Fi Calling”) atau ciri mesej (“iMessage”) Perisian iOS, pengenal unik tertentu untuk Peranti iOS dan akaun anda diperlukan. Pengenal-pengenal unik ini mungkin termasuk alamat(-alamat) e-mel anda, maklumat Apple ID yang diberikan oleh anda, pengenal perkakasan untuk Peranti iOS anda, dan nombor telefon iPhone anda. Dengan menggunakan Perisian iOS, anda bersetuju bahawa Apple dibenarkan menghantar, mengumpul, mengekal, memproses, dan mengguna pengenal-pengenal tersebut bagi tujuan menyediakan dan meningkatkan ciri-ciri FaceTime, Wi-Fi Calling dan iMessage. Anda memahami bahawa nombor telefon iPhone anda akan dipamerkan kepada pihak yang lain (walaupun jika anda mempunyai nombor terhalang) atau, dalam kes berkenaan dengan FaceTime dan iMessage, alamat e-mel anda akan ditunjukkan, bergantung kepada tetapan yang anda pilih.
Untuk memudahkan penghantaran iMessages anda danuntuk membolehkan anda untuk mengekalkan perbualan-perbualan yang terlintas peranti-peranti anda, Apple mungkin menyimpan iMessages anda dalam bentuk yang disulitkan untuk satu tempoh masa yang terhad. Sekiranya mesej anda tidak boleh dihantar sebagai iMessage, mesej anda akan dihantar sebagai mesej SMS atau MMS, dengan kadar mesej pembekal perkhidmatan yang mungkin dikenakan.
Anda boleh memadamkan FaceTime melalui tetapan FaceTime pada Peralatan iOS anda atau melalui tetapan Sekatan dan membolehkan sekatan FaceTime. Anda juga boleh mengehadkan FaceTime kepada Wi-Fi sahaja, dengan memilih tetapan FaceTime dan menukar tetapan “Gunakan Data Selular” kepada “Tutup”. Anda boleh mematikan Wi-Fi Calling dengan memilih tetapan Wi-Fi Calling pada Peranti iOS anda atau dengan memadamkan Wi-Fi. Sebegitu juga, anda boleh mematikan iMessage dengan memilih tetapan Messages pada Peranti iOS anda.
(e) Continuity. Untuk menetapkan dan menggunakan ciri-ciri Continuity Peranti iOS tertentu (Handoff, iPhone Cellular Calls, SMS Relay), pengenal unik yang tertentu untuk Peranti iOS dan akaun anda diperlukan. Pengenal-pengenal yang unik ini mungkin termasuk alamat(-alamat) e-mel anda, maklumat Apple ID yang diberikan oleh anda, pengenal perkakasan untuk Peranti(-peranti) iOS anda, dan nombor telefon iPhone anda. Dengan menggunakan Perisian iOS tersebut, anda bersetuju bahawa Apple dibenarkan menghantar, mengumpul, mengekal, memproses, dan menggunakan pengenal tersebut bagi tujuan menyediakan dan memperbaiki ciri-ciri Continuity tersebut. Untuk memudahkan penyampaian mesej SMS dan MMS anda dan untuk membolehkan anda mengekalkan perbualan-perbualan yang terlintas peranti-peranti anda, Apple mungkin menyimpan mesej anda dalam bentuk yang disulitkan untuk satu tempoh masa yang terhad. Anda boleh mematikan Handoff melalui tetapan Handoff & Suggested Apps pada Peranti iOS anda. Sekiranya anda tidak lagi ingin menerima mesej SMS atau MMS pada peranti tertentu, anda boleh mengakses tetapan Messages, pilih Hantar dan Terima dan kemudian pilih nombor telefon yang anda tidak lagi ingin menerima mesej. Sekiranya anda tidak lagi ingin membuat panggilan daripada ataupun menerima panggilan dengan peranti lain anda, sila akses tetapan FaceTime pada iPhone anda dan lumpuhkan iPhone Cellular Calls, atau akses tetapan yang sama pada peranti lain anda untuk melumpuhkan kefungsian tersebut pada peranti tersebut.
(f) Maps. Perkhidmatan dan ciri-ciri peta Perisian iOS (“Maps”), termasuk liputan data peta, mungkin bebeza mengikut rantau. Apabila anda menggunakan ciri-ciri berdasarkan lokasi dalam Maps, seperti navigasi ‘turn-by-turn’, trafik dan pencarian setempat, pelbagai maklumat berkenaan lokasi dan penggunaan mungkin dihantar kepada Apple, termasuk lokasi geografi masa nyata peranti iOS anda, untuk memproses permintaan anda dan membantu memperbaiki Maps. Data lokasi dan penggunaan sedemikian dikumpul oleh Apple dalam bentuk yang tidak mengenalpasti anda secara peribadi. Dengan menggunakan Maps, anda bersetuju dan membenarkan Apple serta anak-anak syarikatnya dan ejen-ejennya untuk mengantar, mengumpul, mengekal, memproses dan mengguna maklumat ini, untuk menyediakan dan memperbaiki ciri-ciri dan perkhidmatan Maps, dan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Apple yang lain. Anda boleh mematikan kefungsian berdasarkan lokasi Maps dengan mengakses tetapan Perkhidmatan Lokasi pada peranti iOS anda dan mematikan tetapan lokasi individu untuk Maps. Walau bagaimanapun, sesetengah ciri-ciri Maps tidak boleh digunakan jika anda mematikan tetapan Perkhidmatan Lokasi, seperti navigasi ‘turn-by-turn’.
(g) Pengiklanan Berdasarkan Minat daripada iAd. Apple mungkin menyediakan pengiklanan bergerak berasaskan minat kepada anda. Jika anda tidak ingin menerima iklan yang berkaitan pada Peranti iOS anda, anda boleh memilih untuk tidak membenarkannya dengan mengakses tetapan Pengehadan Penjejakan Iklan (‘Limit Ad Tracking’) pada Peranti iOS anda. Jika anda memilih untuk tidak membenarkannya, anda masih akan menerima jumlah iklan-iklan bergerak yang sama, tetapi ianya mungkin kurang relevan kerana ia tidak berdasarkan minat-minat anda. Anda mungkin masih akan melihat iklan-iklan berkaitan dengan kandungan pada laman web atau dalam aplikasi atau berdasarkan maklumat bukan peribadi yang lain.
(h) Spotlight; Spotlight Suggestions dalam Safari. Apabila anda menggunakan Spotlight atau Spotlight Suggestions dalam Safari, pertanyaan carian anda, Spotlight Suggestions yang dipilih oleh anda, dan data penggunaan yang berkaitan akan dihantar kepada Apple. Apabila menggunakan Spotlight, hasil carian yang ditemui pada peranti anda tidak akan dihantar kepada Apple. Sekiranya anda telah membolehkan Perkhidmatan Lokasi, apabila anda membuat pertanyaan carian kepada Spotlight, lokasi Peranti iOS anda pada masa tersebut akan dihantar kepada Apple. Lokasi, pertanyaan carian, dan maklumat penggunaan yang dihantar kepada Apple akan digunakan oleh Apple hanya untuk membuat Spotlight Suggestions lebih relevan dan untuk meningkatkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Apple yang lain. Dengan menggunakan Spotlight atau Spotlight Suggestions dalam Safari, anda bersetuju dan membenarkan Apple dan anak-anak syarikatnya dan ejen-ejennya menghantar, mengumpul, mengekal, memproses, dan menggunakan maklumat ini untuk membuat Spotlight Suggestions lebih relevan dan untuk meningkatkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Apple yang lain.
Sekiranya anda tidak ingin pertanyaan carian Spotlight dan data penggunaan Spotlight Suggestions anda dihantar kepada Apple, anda boleh mematikan Spotlight Suggestions. Untuk berbuat demikian, akses Tetapan, pilih Umum, pilih Carian Spotlight (‘Spotlight Search’) dan nyahpilih Spotlight Suggestions. Sekiranya anda mematikan Spotlight Suggestions, Spotlight hanya akan mencari kandungan dalam peranti anda. Begitu juga, jika anda tidak mahu pertanyaan carian Safari dan data penggunaan Spotlight Suggestions anda dihantar ke Apple, anda boleh menukar tetapan privasi anda untuk Safari pada bila-bila masa. Untuk berbuat demikian, akses Tetapan, pilih Safari, pilih Privasi & Sekuriti (‘Privacy & Security’) dan pilih pilihan yang anda ingin membolehkan atau mematikan.
Anda boleh mematikan Perkhidmatan Lokasi untuk Spotlight Suggestions. Untuk berbuat demikian, akses Tetapan, pilih Privasi, pilih Perkhidmatan Lokasi dan pilih “tutup” untuk Spotlight Suggestions. Sekiranya anda mematikan Perkhidmatan Lokasi pada peranti anda, lokasi tepat anda tidak akan dihantar kepada Apple. Untuk menyampaikan cadangan carian yang relevan, Apple mungkin menggunakan alamat IP sambungan Internet anda untuk menganggarkan lokasi anda dengan memadankannya dengan suatu rantau geografi.
(i) iBooks; Podcasts. Sekiranya anda memilih untuk menggunakan ciri penyelarasan dalam aplikasi iBooks dan Podcasts untuk menyelaraskan penanda buku, nota-nota, koleksi-koleksi dan data langganan podcast anda pada Peranti iOS dan komputer anda, anda mengakui bahawa data tersebut akan dihantar kepada Apple dan disimpan berhubung dengan Apple ID yang anda gunakan untuk iBooks Store atau iTunes Store, untuk tujuan penyelarasan data dengan peranti-peranti dan komputer-komputer lain anda yang disahkan untuk mengakses kandungan melalui Apple ID tersebut. Anda boleh mematikan penyelarasan pada bila-bila masa dengan mengakses Tetapan dan menukar pilihan penyelarasan untuk aplikasi iBooks dan Podcasts masing-masing.
(j) Dasar Privasi. Pada sepanjang masa, maklumat anda akan dijaga selaras dengan Dasar Privasi Apple, yang dimasukkan melalui rujukan ke dalam Lesen ini dan yang boleh dilihat di: http://www.apple.com/legal/privacy/.
5. Perkhidmatan dan Bahan-Bahan Pihak Ketiga.
(a) Perisian iOS tersebut mungkin membolehkan akses kepada iTunes Store Apple, App Store, iBooks Store, Game Center, iCloud, Maps dan perkhidmatan-perkhidmatan dan laman web Apple dan pihak ketiga lain (secara kolektif dan individual, “Perkhidmatan”). Perkhidmatan sedemikian mungkin tidak tersedia ada dalam semua bahasa atau di semua negara. Penggunaan Perkhidmatan tersebut memerlukan akses Internet dan penggunaan Perkhidmatan tertentu memerlukan Apple ID, yang memerlukan anda menerima terma-terma tambahan dan mungkin tertakluk kepada yuran-yuran tambahan. Dengan menggunakan perisian ini berhubung dengan suatu Apple ID, atau Perkhidmatan Apple lain, anda bersetuju kepada terma-terma perkhidmatan untuk Perkhidmatan tersebut, seperti Terma-terma dan Syarat-syarat Perkhidmatan iTunes Store terkini, Terma-terma dan Syarat-syarat Perkhidmatan iBooks Store terkini untuk negara di mana anda mengakses Store sedemikian atau Terma-terma dan Syarat-syarat Game Center terkini, yang anda boleh akses dan rujuk di http://www.apple.com/legal/internet-services/itunes/ww/, atau Terma-terma dan Syarat-syarat iCloud yang boleh didapati di http://www.apple.com/legal/internet-services/icloud/ww/ masing-masing.
(b) Jika anda mendaftar untuk iCloud, ciri-ciri iCloud yang tertentu seperti “iCloud Photo Library”, “My Photo Stream”, “iCloud Photo Sharing”, “Back Up” dan “Find My iPhone” mungkin diakses secara langsung dari Perisian iOS tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa penggunaan iCloud dan ciri-cirinya tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan iCloud yang terkini, yang boleh diakses dan dirujuk di: http://www.apple.com/legal/internet-services/icloud/ww/.
(c) Anda memahami bahawa dengan menggunakan mana-mana Perkhidmatan, anda boleh berhadapan dengan kandungan yang berkemungkinan menyinggung perasaan, tidak sopan, atau tidak menyenangkan, yang kandungannya mungkin atau tidak mungkin dikenalpasti sebagai bahasa kasar yang tidak menyenangkan, dan menyebabkan mana-mana carian atau kemasukan URL tertentu boleh secara automatik dan dengan tidak sengaja menghasilkan pautan atau rujukan kepada bahan-bahan yang tidak disenangi. Walau bagaimanapun, anda bersetuju untuk menggunakan Perkhidmatan tersebut pada risiko anda sendiri dan Apple, pihak-pihak berkaitannya, ejen-ejennya, prinsipal-prinsipalnya, atau pemegang-pemegang lesennya tidak akan bertanggungjawab terhadap anda untuk kandungan yang menyinggung perasaan, tidak sopan atau tidak menyenangkan.
(d) Perkhidmatan tertentu mungkin mempamerkan, termasuk atau menyediakan kandungan, data, maklumat, aplikasi atau bahan-bahan daripada pihak ketiga (“Bahan Pihak Ketiga”) atau menyediakan pautan kepada laman web pihak ketiga tertentu. Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda mengakui dan bersetuju bahawa Apple tidak bertanggungjawab untuk memeriksa atau menilai kandungan, ketepatan, kelengkapan, kesahihan, keesahan, pematuhan hakcipta, kesahan, kesopanan, kualiti atau mana-mana aspek lain Bahan Pihak Ketiga atau laman web sedemikian. Apple, kakitangannya, pihak-pihak berkaitan dan anak-anak syarikatnya tidak akan waran atau endors dan tidak menerima dan tidak akan mempunyai liabiliti atau tanggungjawab kepada anda atau sesiapa lain untuk mana-mana Perkhidmatan pihak ketiga, Bahan Pihak Ketiga atau laman web, atau untuk bahan-bahan, produk-produk, atau perkhidmatan-perkhidmatan pihak ketiga lain. Bahan Pihak Ketiga dan pautan kepada laman-laman web lain adalah disediakan hanya untuk kesenangan anda.
(e) Apple dan pembekal kandungannya tidak menjamin ketersediaan, ketepatan, kelengkapan, kebolehpercayaan atau kekinian informasi saham, data lokasi atau sebarang data lain yang dipamerkan oleh mana-mana Perkhidmatan. Maklumat kewangan yang dipamerkan melalui mana-mana Perkhidmatan adalah untuk tujuan maklumat am sahaja dan tidak harus digunakan sebagai nasihat pelaburan. Sebelum melaksanakan mana-mana transaksi sekuriti berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui Perkhidmatan tersebut, anda sepatutnya berunding dengan profesional kewangan atau sekuriti yang berkelayakan secara sah untuk memberi nasihat kewangan atau sekuriti di negara atau rantau anda. Data lokasi yang disediakan oleh mana-mana Perkhidmatan, termasuk perkhidmatan Apple Maps, adalah dibekalkan untuk tujuan tunjuk arah asas dan/atau tujuan perancangan sahaja dan tidak dicadangkan untuk digunakan dalam situasi yang memerlukan maklumat lokasi tepat atau data lokasi yang tersalah, tidak tepat, tertangguh masa atau tidak lengkap mungkin boleh membawa maut, kecederaan diri, kerosakan harta atau alam sekitar. Anda bersetuju bahawa keputusan yang anda terima daripada perkhidmatan Maps mungkin berbeza daripada jalan atau bentuk muka bumi yang sebenar oleh sebab faktor-faktor yang boleh menjejaskan ketepatan data Maps, seperti tetapi tidak terhad kepada, cuaca, keadaan jalan dan trafik, dan kejadian-kejadian geopolitik. Untuk keselamatan anda semasa penggunaan ciri navigasi, selalu beri perhatian kepada papan tanda-papan tanda jalan raya dan keadaan jalan raya semasa. Ikutilah amalan memandu dengan selamat dan peraturan-peraturan jalan raya, dan sila ambil perhatian bahawa arahan untuk berjalan kaki berkemungkinan tidak termasuk kaki lima atau laluan pejalan kaki.
(f) Setakat mana anda memuat naik sebarang kandungan melalui penggunaan Perkhidmatan tersebut, anda mewakili bahawa anda memiliki semua hak dalam, atau mempunyai kuasa atau dibenarkan di sisi undang-undang untuk memuat naik kandungan tersebut dan kandungan tersebut tidak melanggar sebarang syarat perkhidmatan yang berkenaan dengan Perkhidmatan tersebut. Anda bersetuju bahawa Perkhidmatan tersebut mengandungi kandungan, maklumat dan bahan berhak milik yang dimiliki oleh Apple, pemilik laman web dan/atau pemberi-pemberi lesen mereka, dan dilindungi oleh undang-undang harta intelek dan undang-undang lain yang terpakai, termasuk tetapi tidak terhad kepada hak cipta. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menggunakan kandungan, maklumat atau bahan berhak milik sedemikian melainkan untuk penggunaan Perkhidmatan yang dibenarkan, atau dengan sebarang cara yang tidak konsisten dengan terma-terma Lesen ini atau yang melanggar sebarang hak harta intelek pihak ketiga atau Apple. Mana-mana bahagian Perkhidmatan tersebut tidak boleh dihasilkan semula dalam apa bentuk atau dalam apa-apa cara sekalipun. Anda bersetuju untuk tidak mengubah, menyewa, memajak, meminjam, menjual, mengedar, atau mencipta kerja-kerja terbitan berdasarkan Perkhidmatan tersebut, dalam apa-apa cara sekalipun, dan anda tidak boleh mengeksploit Perkhidmatan tersebut dalam sebarang cara yang tidak dibenarkan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, menggunakan Perkhidmatan tersebut untuk menghantar sebarang virus komputer, “worm”, “trojan horse” atau “malware” yang lain, atau menceroboh atau membebani kapasiti rangkaian. Anda selanjutnya bersetuju untuk tidak menggunakan Perkhidmatan tersebut dalam sebarang cara yang mengacau, menyalahi, menghendap, mengugut, memfitnah atau selainnya melanggar hak-hak mana-mana pihak lain, dan Apple tidak dalam apa-apa cara sekalipun bertanggungjawab untuk penggunaan tersebut oleh anda, atau untuk mana-mana mesej atau transmisi bersifat kacau, ugutan, fitnah, menyinggung perasaan, melanggar atau menyalahi undang-undang yang mungkin anda terima disebabkan oleh penggunaan mana-mana Perkhidmatan.
(g) Selain itu, Perkhidmatan dan Bahan Pihak Ketiga yang berkemungkinan diakses, dipaut atau dipaparkan pada Peranti iOS tersebut tidak tersedia ada dalam semua bahasa atau semua negara atau rantau. Apple tidak membuat representasi bahawa Perkhidmatan dan Bahan Pihak Ketiga sedemikian adalah bersesuaian atau tersedia untuk digunakan di mana-mana lokasi tertentu. Setakat mana anda memilih untuk menggunakan atau mengakses Perkhidmatan dan Bahan Pihak Ketiga sedemikian, anda berbuat demikian di atas inisiatif anda dan bertanggungjawab untuk pematuhan undang-undang terpakai, termasuk tetapi tidak terhad kepada undang-undang tempatan dan undang-undang privasi dan pengumpulan data. Perkongsian atau penyelarasan gambar-gambar melalui Peranti iOS anda mungkin menyebabkan metadata, termasuk data lokasi gambar, dihantar dengan gambar-gambar tersebut. Apple dan pemberi-pemberi lesennya mempunyai hak untuk mengubah, menangguhkan, mengalih, atau melumpuhkan akses kepada mana-mana Perkhidmatan pada bila-bila masa tanpa notis. Dalam apa jua keadaan, Apple tidak akan bertanggungjawab untuk pengalihan atau pelumpuhan akses kepada mana-mana Perkhidmatan. Apple juga mungkin mengehadkan penggunaan atau akses kepada Perkhidmatan tertentu, dalam sebarang kes tanpa notis atau liabiliti.
6. Penamatan. Lesen ini adalah efektif sehingga ditamatkan. Hak-hak anda di bawah Lesen ini akan ditamatkan secara automatik atau selainnya berhenti menjadi efektif tanpa notis daripada Apple sekiranya anda gagal untuk mematuhi mana-mana terma(-terma) Lesen ini. Apabila Lesen ini tamat, anda mesti berhenti menggunakan Perisian iOS tersebut. Seksyen 4, 5, 6, 7, 8, 9, 12 dan 13 Lesen ini akan terus berkuatkuasa selepas sebarang penamatan sedemikian.
7. Penolakan Tuntutan Waranti-waranti.
7.1 Jika anda adalah seorang pelanggan yang merupakan seorang pengguna (seseorang yang menggunakan Perisian iOS di luar perdagangan, perniagaan atau profesion anda), anda mungkin mempunyai hak dari segi undang-undang dalam negara di mana anda menetap yang akan melarang had-had berikut daripada terpakai kepada anda, dan jika dilarang, ia tidak akan terpakai kepada anda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang hak-hak anda, anda seharusnya berhubung dengan organisasi penasihat pengguna tempatan.
7.2 ANDA MENGAKUI DAN BERSETUJU SECARA NYATA BAHAWA, SETAKAT MANA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG TERPAKAI, RISIKO PENGGUNAAN PERISIAN DAN SEBARANG PERKHIDMATAN YANG DILAKUKAN OLEH ATAU DIAKSES MELALUI PERISIAN iOS TERSEBUT, TERLETAK SECARA KESELURUHANNYA DI ATAS ANDA SENDIRI DAN SEGALA RISIKO BERKENAAN KEPUASAN KUALITI, PRESTASI, KETEPATAN DAN USAHA ADALAH DI PIHAK ANDA.
7.3 SETAKAT MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG TERPAKAI, PERISIAN DAN PERKHIDMATAN iOS TERSEBUT ADALAH DISEDIAKAN “SEPERTI DIDAPATI” (‘AS IS’), DENGAN SEGALA KESILAPAN DAN TANPA WARANTI APA JENIS SEKALIPUN TERSIRAT DALAM APA BENTUK SEKALIPUN, DAN APPLE SERTA PEMBERI LESEN APPLE (DIRUJUK SECARA KOLEKTIF “APPLE” UNTUK TUJUAN SEKSYEN 7 DAN 8) DENGAN INI MENAFIKAN MANA-MANA WARANTI DAN SYARAT BERKENAAN PERISIAN iOS DAN PERKHIDMATAN TERSEBUT, SAMA ADA SECARA NYATA, TERSIRAT ATAU STATUTORI, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, WARANTI TERSIRAT DAN/ATAU SYARAT KEBOLEHDAGANGAN, KEPUASAN KUALITI, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, KETEPATAN, KEPUASAN HAK PENGGUNAAN SECARA AMAN, DAN KETIADAAN PELANGGARAN HAK-HAK PIHAK KETIGA.
7.4 APPLE TIDAK MENJAMIN BAHAWA TIDAK AKAN ADA SEBARANG GANGGUAN DENGAN PENGGUNAAN PERISIAN DAN PERKHIDMATAN iOS OLEH ANDA, BAHAWA FUNGSI YANG TERKANDUNG DI DALAM, ATAU PERKHIDMATAN YANG DILAKUKAN ATAU DISEDIAKAN OLEH, PERISIAN iOS TERSEBUT AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA, BAHAWA PENGOPERASIAN PERISIAN DAN PERKHIDMATAN iOS TERSEBUT TIDAK AKAN DIGANGGU ATAU BEBAS DARIPADA KEROSAKAN, BAHAWA MANA-MANA PERKHIDMATAN AKAN TERUS DISEDIAKAN, BAHAWA KEROSAKAN DI DALAM PERISIAN ATAU PERKHIDMATAN iOS AKAN DIPERBETULKAN, ATAU BAHAWA PERISIAN iOS AKAN BERSESUAIAN ATAU AKAN BERFUNGSI DENGAN MANA-MANA PERISIAN PIHAK KETIGA, APLIKASI-APLIKASI ATAU PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA. PEMASANGAN PERISIAN iOS INI MUNGKIN MENJEJASKAN KETERSEDIAAN DAN KEBOLEHGUNAAN PERISIAN PIHAK KETIGA, APLIKASI-APLIKASI ATAU PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA, TERMASUK PRODUK-PRODUK DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN APPLE.
7.5. ANDA SELANJUTNYA MENGAKUI BAHAWA PERISIAN DAN PERKHIDMATAN iOS TERSEBUT TIDAK DINIATKAN ATAU BERSESUAIAN UNTUK DIGUNAKAN DALAM SITUASI ATAU PERSEKITARAN YANG KEGAGALAN ATAU KELEWATAN MASA, ATAU KESALAHAN ATAU KETIDAK TEPATAN DALAM, KANDUNGAN, DATA ATAU MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN OLEH PERISIAN ATAU PERKHIDMATAN iOS TERSEBUT BOLEH MEMBAWA MAUT, KECEDERAAN DIRI, ATAU KEROSAKAN FIZIKAL ATAU ALAM SEKITAR YANG TERUK, TERMASUK,TANPA HAD, PENGOPERASIAN KEMUDAHAN NUKLEAR, SISTEM TUNJUK ARAH ATAU SISTEM KOMUNIKASI PESAWAT UDARA, PENGAWALAN TRAFIK UDARA, SISTEM SOKONGAN HIDUP ATAU SISTEM SENJATA.
7.6. TIADA MAKLUMAT BERTULIS ATAU LISAN ATAU MAKLUMAN YANG DIBERIKAN OLEH APPLE ATAU PERWAKILAN SAH APPLE MENYEBABKAN SATU WARANTI WUJUD. SEKIRANYA PERISIAN ATAU PERKHIDMATAN iOS TERSEBUT TERBUKTI GAGAL, ANDA BERSETUJU UNTUK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEGALA KOS UNTUK PERKHIDMATAN, PEMBAIKAN ATAU PEMBETULAN YANG DIPERLUKAN. SESETENGAH BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENOLAKAN HAK-HAK WARANTI TERSIRAT ATAU PENGEHADAN KE ATAS HAK-HAK STATUTORI-STATUTORI PENGGUNA YANG TERPAKAI, OLEH YANG DEMIKIAN, PENOLAKAN DAN HAD TERSEBUT MUNGKIN TIDAK TERPAKAI TERHADAP ANDA.
8. HAD LIABILITI. SETAKAT MANA IANYA TIDAK DILARANG OLEH UNDANG-UNDANG TERPAKAI, APPLE, PIHAK-PIHAK BERKAITANNYA, EJEN-EJENNYA ATAU PRINSIPAL-PRINSIPALNYA DALAM APA JUA KEADAAN PUN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KECEDERAAN DIRI, ATAU MANA-MANA GANTI RUGI SAMPINGAN, KHAS, TIDAK LANGSUNG ATAU LANJUTAN, TERMASUK TANPA HAD, GANTIRUGI UNTUK KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN DATA, KEGAGALAN UNTUK MENGHANTAR ATAU MENERIMA SEBARANG DATA (TERMASUK TETAPI TANPA HAD ARAHAN-ARAHAN KURSUS, TUGASAN-TUGASAN DAN BAHAN-BAHAN), GANGGUAN PERNIAGAAN ATAU SEBARANG GANTI RUGI ATAU KERUGIAN KOMERSIAL LAIN, YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKENAAN DENGAN PENGGUNAAN ANDA ATAU KETIDAK UPAYAAN ANDA UNTUK MENGGUNAKAN PERISIAN DAN PERKHIDMATAN iOS TERSEBUT ATAU MANA-MANA PERISIAN PIHAK KETIGA ATAU APLIKASI BERHUBUNG DENGAN PERISIAN ATAU PERKHIDMATAN iOS TERSEBUT, WALAU BAGAIMANA DISEBABKAN SEKALIPUN, TANPA MENGHIRAUKAN TEORI LIABILITI (KONTRAK, TORT ATAU SEBALIKNYA) DAN WALAUPUN JIKA APPLE TELAH DIMAKLUMKAN TENTANG KEMUNGKINAN GANTIRUGI TERSEBUT. SESETENGAH BIDANG KUASA TIDAK MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAUPUN PENGEHADAN LIABILITI UNTUK KECEDERAAN DIRI, ATAU GANTIRUGI SAMPINGAN ATAU LANJUTAN, OLEH YANG DEMIKIAN, PENGEHADAN INI MUNGKIN TIDAK TERPAKAI TERHADAP ANDA. Dalam apa jua keadaan, jumlah liabiliti Apple kepada anda secara keseluruhannya untuk semua kerosakan (melainkan sepertimana yang diperuntukkan di dalam undang-undang berkenaan kes-kes yang melibatkan kecederaan diri) tidak akan melebihi amaun dua ratus lima puluh dollar (U.S.$250.00). Had-had yang tersebut di atas akan terpakai walaupun jika remedi yang dinyatakan di atas gagal tujuan asalnya.
9. Sijil Digital. Perisian iOS tersebut mengandungi fungsi yang membenarkannya menerima sijil digital yang dikeluarkan oleh Apple atau pihak ketiga. ANDA SENDIRI SEPENUHNYA DIPERTANGGUNGJAWABKAN UNTUK MEMUTUSKAN SAMA ADA ATAU TIDAK UNTUK BERGANTUNG KEPADA SIJIL SAMA ADA IANYA DIKELUARKAN OLEH APPLE ATAU PIHAK KETIGA. RISIKO PENGGUNAAN SIJIL-SIJIL DIGITAL TERSEBUT OLEH ANDA ADALAH SEPENUHNYA DITANGGUNG OLEH ANDA SENDIRI. SETAKAT MAKSIMA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG TERPAKAI, APPLE TIDAK MEMBUAT SEBARANG WARANTI ATAU REPRESENTASI, SECARA NYATA ATAU SECARA TERSIRAT, BERKENAAN DENGAN KEBOLEHDAGANGAN ATAU KESESUAIAN UNTUK MANA-MANA TUJUAN TERTENTU, KETEPATAN, KESELAMATAN, ATAU KETIADAAN PELANGGARAN HAK-HAK PIHAK KETIGA BERHUBUNG DENGAN SIJIL-SIJIL DIGITAL TERSEBUT.
10. Pengawalan Ekspot. Anda tidak boleh menggunakan atau sebaliknya mengekspot atau mengekspot semula Perisian iOS tersebut melainkan seperti yang dibenarkan oleh undang-undang Amerika Syarikat dan undang-undang dalam bidang kuasa di mana Perisian iOS tersebut diperoleh. Khususnya, tetapi tanpa had, Perisian iOS tidak boleh diekspot atau diekspotkan semula (a) ke dalam mana-mana negara yang dilarang untuk berdagang dengan Amerika Syarikat atau (b) kepada sesiapa yang tersenarai dalam Senarai Warganegara Ditentukan Khas oleh Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat atau Senarai Orang Dihalang atau Senarai Entiti Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat. Dengan menggunakan Perisian iOS tersebut, anda mewakilkan dan menjamin bahawa anda tidak berada dalam mana-mana negara tersebut atau mana-mana senarai tersebut. Anda juga bersetuju bahawa anda tidak menggunakan Perisian iOS tersebut untuk apa-apa tujuan yang dilarang oleh undang-undang Amerika Syarikat, termasuk, tanpa had, dalam pembangunan, reka cipta, penghasilan atau pengeluaran senjata peluru berpandu, nuklear, kimia atau biologi.
11. Pengguna-pengguna Akhir Kerajaan. Perisian iOS tersebut dan dokumentasi berkaitan adalah “Item Komersial” sepertimana terma tersebut didefinisikan dalam 48 C.F.R.§2.101, yang terdiri daripada “Perisian Komputer Komersial” dan “Dokumentasi Perisian Komputer Komersial” sepertimana terma-terma tersebut adalah digunakan di dalam 48 C.F.R. §12.212 atau 48 C.F.R.§227.7202, seperti yang terpakai. Konsisten dengan 48 C.F.R.§12.212 atau 48 C.F.R.§227.7202-1 hingga 227.7202-4, seperti yang terpakai, Perisian Komputer Komersial dan Dokumentasi Perisian Komputer Komersial adalah dilesenkan kepada pengguna-pengguna akhir kerajaan Amerika Syarikat (a) hanya sebagai Item Komersial dan (b) hanya dengan hak-hak tersebut seperti yang diberikan kepada pengguna lain selaras dengan terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di sini. Hak-hak yang tidak disiarkan dirizabkan di bawah undang-undang hak cipta Amerika Syarikat.
12. Undang-undang Pengawalan dan Kebolehasingan. Lesen ini akan ditadbir dan ditafsirkan mengikut undang-undang Negeri California, tidak termasuk prinsip konflik undang-undang negerinya. Lesen ini tidak akan ditadbir oleh Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkenaan Kontrak untuk Jualan Barangan Antarabangsa, yang pemakaiannya dikecualikan secara nyata. Sekiranya anda adalah seorang pengguna yang menetap di United Kingdom, Lesen ini akan ditadbir oleh undang-undang dalam bidang kuasa tempat kediaman anda. Sekiranya untuk sebarang sebab mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten mendapati mana-mana peruntukan, atau sebahagian daripadanya, tidak boleh dikuatkuasakan, bahagian baki Lesen ini akan terus berkuatkuasa dan berkesan penuh.
13. Perjanjian Lengkap; Bahasa yang Digunakan. Lesen ini membentuk perjanjian keseluruhan di antara anda dan Apple berhubung dengan penggunaan Perisian iOS yang dilesenkan di sini dan menggantikan segala persefahaman sebelum ini atau semasa berkenaan perkara tersebut. Sebarang pindaan atau pengubahsuaian kepada Lesen ini tidak akan akan mengikat melainkan telah dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh Apple. Sebarang terjemahan Lesen ini adalah dibuat untuk keperluan tempatan dan dalam keadaan berlakunya percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dengan versi bukan Inggeris, versi Bahasa Inggeris Lesen ini akan berkuatkuasa dan terpakai, setakat mana tidak dilarang oleh undang-undang tempatan dalam bidang kuasa anda.
14. Perakuan Pihak Ketiga. Sebahagian Perisian iOS tersebut mungkin menggunakan atau termasuk perisian pihak ketiga dan bahan-bahan lain yang terpelihara oleh hak cipta. Pengakuan, terma-terma lesen dan penolakan tuntutan untuk bahan-bahan tersebut adalah terkandung dalam dokumentasi elektronik untuk Perisian iOS tersebut, dan dengan menggunakan bahan tersebut anda adalah tertakluk kepada terma-terma terpakai masing-masing. Penggunaan Perkhidmatan Google Safe Browsing adalah tertakluk kepada Terma-Terma Perkhidmatan Google (http://www.google.com/terms_of_service.html) dan Polisi Privasi Google (http://www.google.com/privacypolicy.html).
15. Penggunaan MPEG-4; H.264/Notis AVC.
(a) Perisian iOS ini dilesenkan di bawah Lesen Portfolio Paten Sistem MPEG-4 (‘MPEG-4 Systems Patent Portfolio License’) untuk pengekodan bagi mematuhi Piawaian Sistem MPEG-4 (‘MPEG=4 Systems Standard’), melainkan bahawa lesen tambahan dan pembayaran royalti adalah diperlukan untuk pengekodan berkaitan dengan (i) data yang disimpan atau disalin dalam media fizikal yang dibayar berasaskan tajuk demi tajuk dan/atau (ii) data yang dibayar berdasarkan tajuk demi tajuk dan dihantar kepada pengguna akhir untuk simpanan dan/atau penggunaan kekal. Lesen tambahan sebegitu boleh diperoleh daripada MPEG LA, LLC. Lihat http://www.mpegla.com untuk maklumat lanjutan.
(b) Perisian iOS tersebut mengandungi kefungsian mengekod dan/atau menyahkodkan video MPEG-4. Perisian iOS tersebut adalah dilesenkan di bawah portfolio Lesen Portfolio Paten Visual MPEG-4 (‘MPEG-4 Visual Patent Portfolio License’) untuk penggunaan peribadi dan bukan komersial seseorang pengguna untuk (i) pengekodan video selaras dengan Piawaian Visual MPEG-4 (“Video MPEG-4”) dan/atau (ii) penyahkodan video MPEG-4 yang dikodkan oleh pengguna yang terlibat dalam aktiviti peribadi dan bukan komersial dan/atau yang diperoleh daripada pembekal video yang dilesenkan oleh MPEG LA untuk membekalkan video MPEG-4. Lesen tidak akan diberikan atau tersirat untuk sebarang penggunaan lain. Maklumat lanjutan termasuk yang berkaitan dengan penggunaan promosi, dalaman dan komersial boleh diperoleh daripada MPEG LA, LLC. Sila lihat http://www.mpegla.com.
(c) Perisian iOS tersebut mengandungi kefungsian mengekod dan/atau menyahkodkan AVC, penggunaan komersial H.264/AVC memerlukan lesen tambahan dan peruntukan berikut terpakai: KEFUNGSIAN AVC DALAM PERISIAN iOS TERSEBUT HANYA ADALAH DILESENKAN DI SINI UNTUK PENGGUNAAN PERIBADI DAN BUKAN KOMERSIAL PENGGUNA UNTUK: (i) PENGEKODAN VIDEO SELARAS DENGAN PIAWAIAN AVC (“VIDEO AVC”) DAN/ATAU (ii) PENYAHKODAN VIDEO AVC YANG DIKODKAN OLEH PENGGUNA YANG TERLIBAT DALAM AKTIVITI PERIBADI DAN BUKAN KOMERSIAL DAN/ATAU VIDEO AVC YANG DIPEROLEH DARIPADA PEMBEKAL VIDEO YANG DILESENKAN UNTUK MEMBEKALKAN VIDEO AVC. MAKLUMAT BERKENAAN DENGAN PENGGUNAAN LAIN SERTA LESEN-LESEN BOLEH DIDAPATI DARIPADA MPEG LA L.L.C. SILA LIHAT HTTP://WWW.MPEGLA.COM.
16. Sekatan Perkhidmatan Carian Yahoo. Perkhidmatan Carian Yahoo boleh didapati melalui Safari yang hanya dilesenkan untuk penggunaan di negara-negara berikut sahaja: Argentina, Aruba, Australia, Austria, Barbados, Belgium, Bermuda, Brazil, Bulgaria, Canada, Cayman Islands, Chile, China, Colombia, Cyprus, Czech Republic, Demnark, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, Finland, France, Germany, Greece, Grenada, Guatemala, Hong Kong, Hungary, Iceland, India, Indonesia, Ireland, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malaysia, Malta, Mexico, Netherlands, New Zealand, Nicaragua, Norway, Panama, Peru, Philippines, Poland, Portugal, Puerto Rico, Romania, Singapore, Slovakia, Slovenia, South Korea, Spain, St. Lucia, St. Vincent, Sweden, Switzerland, Taiwan, Thailand, The Bahamas, Trinidad and Tobago, Turkey, UK, Uruguay, US dan Venezuela.
17. Notis Microsoft Exchange. Tetapan mel Microsoft Exchange dalam Perisian iOS tersebut hanya adalah dilesenkan untuk penyelarasan maklumat melalui sistem ‘over-the-air’, seperti e-mel, kenalan, kalendar dan tugasan, antara iOS dan Pelayan Microsoft Exchange anda atau perisian pelayan lain yang dilesenkan oleh Microsoft untuk melaksanakan protokol Microsoft Exchange ActiveSync.
EA1175
29/07/2014
--------------------------------------------------------------
NOTIS-NOTIS DARIPADA APPLE
Sekiranya Apple perlu menghubungi anda berkenaan produk atau akaun anda, anda bersetuju untuk menerima notis-notis tersebut melalui emel. Anda bersetuju bahawa notis-notis sedemikian yang kami hantar secara elektronik akan memenuhi segala keperluan komunikasi selaras dengan undang-undang.